Hiburan

“Anak aku tak ternilai..”- Baru Je Anak Dilamar Usahawan, Sekali Hantaran Diminta Ibu Reen Rahim Jadi Perhatian

BAKAL menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim turut berkongsi hantaran yang akan diterima daripada bakal suami dikenali sebagai Encik H.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata ibunya hanya meminta bakal suaminya itu memberikan senaskah al-Quran dan juga barang kemas.

“Saya tidak pasti boleh kongsi atau tidak tapi ketika bertunang, umi saya ada cakap anak dia ini tak ternilai dan umi hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskah al-Quran yang telah dikhatamkan.

Reen Rahim terima syarat hantaran yang dikenakan ibunya.

“Selain Al-Quran, umi juga minta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” katanya kepada mStar.

Perkara itu dikongsikan Reen menerusi sidang media khas yang diadakan pada petang Khamis sekaligus memaklumkan menerima tajaan bernilai RM15 juta daripada barang kemas Ceres Jewels & Ceres Gold serta The Kenduri Event Sdn Bhd merangkap perancang perkahwinannya.

“Saya suka dengan pemintaan umi, sebab saya tak boleh minta dia jadi suami baik… yang boleh jaga dan tidak anlaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.

“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT, jadi dengan al-Quran saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Reen juga memberitahu bahawa bakal suaminya kini dalam proses menghabiskan bacaan al-Quran.

“Dia terima pemintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca al-Quran dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” jelasnya.

Reen Rahim terima tajaan sebanyak RM15 juta.

Sebelum ini, Reen membuat kejutan dengan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Encik H pada hujung tahun ini.

Meskipun sudah bertunang pada Ogos lalu namun Reen masih lagi belum bersedia untuk berkongsi wajah bakal suaminya yang berusia 28 tahun itu bagi menghormati pemintaan keluarga.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button