Viral

(Video) Seb4k! Budak hilang pengawasan di Dataran Merdeka enggan sebut nama bapa untuk pengumuman, rupanya ayah dah tiada

PELBAGAI rakaman ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu dapat dilihat di media sosial.

Ada video yang mencuit hati, malah ada juga yang menaikkan semangat cintakan negara apabila seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama meraikan sambutan ini.

Bagaimanapun tular satu video menyentuh hati memaparkan seorang budak lelaki berusia enam tahun hilang daripada pengawasan ibunya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ketika sambutan, Rabu.

 

Melalui video yang dikongsi di TikTok, kanak-kanak ini dibantu oleh dua anggota polis yang mengirinya menuju ke pentas utama bagi mencari ahli keluarganya.

Pemilik asal video, Abu Huzaifah Abd Ghani, 34, yang sempat merakam momen ini dari awal hingga ke akhir menceritakan kisah yang berlaku pada hari tersebut.

“Saya terbangkan drone pada Hari Kebangsaan sebab saya seorang saja yang dapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) tetapi di bawah pengawasan ketat pihak polis.

“Saya ditempatkan di lokasi bersebelahan unit jammer bersama tiga rakan anggota polis.

“Saya banyak habiskan masa bersama mereka saja sebab segala arahan untuk terbangkan drone saya terima daripada mereka. Lepas selesai acara perbarisan, kami pun mengemas untuk bersurai,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Lelaki senang disapa Abu ini berkata, ketika sedang berehat bersama anggota polis, mereka dihampiri oleh dua orang awam sekitar jam 12 tengah hari.

Mereka memaklumkan menjumpai seorang kanak-kanak bernama Fauzan dalam keadaan terpinga-pinga mencari ibunya ketika melihat kereta berhias kartun animasi Didi and Friends.

Abu yang bekerja sebagai Juruaudio Visual di Jabatan Penerangan Malaysia berkata, bermula dari situlah dia membuat rakaman sehinga ibu Fauzan dijumpai.

Abu bertugas mengendalikan drone pada Hari Kebangsaan ke-65.

“Lepas budak tu berada dengan polis, saya mula rakam apa yang berlaku. Saya ingatkan polis akan hantar dekat pentas hebahan, kemudian tinggalkan saja dia di situ.

“Rupanya tidak… mereka tunggu dan siap cari kalau ada sesuatu dalam beg Fauzan untuk membolehkan ibu bapa atau penjaganya dihubungi,” katanya.

Apabila tiba di pentas utama, seorang wanita menyapa kanak-kanak itu untuk dalam usaha membantu mencari ahli keluargannya dengan membuat pengumuman melalui pembesar suara.

Fauzan dapat menjawab ketika ditanya tentang namanya, umur dan nama ibu tetapi hanya mendiamkan diri apabila beberapa kali ditanya ‘nama bapa’,

Saya tak keruan dah bila dia jawab macam tu. Rasa kasihan pada budak ni membuatkan saya terus tunggu dekat situ sampai betul-betul mak dia sampai dan ambil dia.

ABU HUZAIFAH

Dalam video sama, kumpulan yang membantu cuba membuat tekaan dengan menunjukkan seorang lelaki yang sedang mendukung bayi pada waktu itu adalah bapanya kerana individu tersebut kerap memandang ke pentas namun persoalan terjawab apabila Fauzan akhirnya memberitahu bahawa bapanya sudah tiada.

“Ayah dah men1ngg4l,” ujar kanak-kanak berkenaan.

“Saya tak keruan dah bila dia jawab macam tu. Rasa kasihan pada budak ni membuatkan saya terus tunggu dekat situ sampai betul-betul mak dia sampai dan ambil dia.

“Saya reject beberapa kali panggilan isteri sebab tak nak terlepas momen pertemuan dia dan ibu. Tak lama kemudian saya nampak seorang ibu bersama seorang anak bergegas berjalan ke pentas dan kami bertanya sama ada wanita itu ibunya.

“Alhamdulillah mereka dipertemukan semula. Saat tu memang meruntun jiwa lagi-lagi bila tahu budak tu anak yatim. Difahamkan bapa Fauzan men1ngg4l sebab kemal4ngan,” jelasnya.

Rakaman itu yang tular di TikTok mengundang sebak warga maya dan meraih lebih 4 juta jumlah tontonan.

Bagaimanapun, menurut Abu yang berasal dari Jengka, Pahang, tujuan asal rakaman diambil adalah untuk menunjukkan bagaimana anggota polis yang selalu dianggap garang begitu prihatin dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah orang awam dengan baik.

Ibu Fauzan hadir ke pentas utama untuk mendapatkan anaknya yang hilang.

“Saya betul-betul terharu dengan tindakan polis. Apa-apa pun saya tabik dengan polis di negara kita. Jangan ingat mereka tak ada perasaan.

“Tengok cara mereka layan budak tu pun dah nampak betapa penyayangnya mereka siap dukung lepas tu bagi minum air lagi,” kata Abu.

 

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button