Hiburan

Akhirnya Mhkamah Tolak Permohonan Batalkn S4man RM2.5 Juta Siti Nordiana. Ini Penjelasan Pihak Peguam

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan dua individu untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan penyanyi, Siti Nordiana Alias, Julai tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 42, untuk membayar kos sebanyak RM3,000.

Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi media selepas tamat prosiding yang dijalankan secara Zoom.

Menurut peguam itu, mahkamah menolak permohonan itu atas alasan antaranya terdapat asas fitnah dalam pernyataan tuntutan plaintif.

“Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong pada 27 September ini,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, Sam Musyadzafar yang merupakan defendan keempat diwakili peguam Zeti Zulfah Zulkifli @ Hassan dan Razidah yang dinamakan sebagai defendan kelima diwakili peguam Muhammad Aliff Haiqal Roslan.

Kedua-dua defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 15 Februari lalu. Mereka juga memohon untuk memadamkan beberapa perenggan dalam penyataan tuntutan Siti Nordiana.

Awal tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kedua-dua individu untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Selain Sam Musyadzafar dan Razidah, Siti Nordiana turut memfailkan saman terhadap Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isterinya Nur Sheila Hassim, 36 dan Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura selaku defendan pertama sehingga ketiga.

Pada Julai 2021, Siti Nordiana, 37, atau lebih dikenali sebagai Nana memfailkan saman RM2.5 juta terhadap lima individu itu atas dakwaan memfitnahnya dalam laman sosial Instagram.

Kenyataan berbaur fitnah itu didakwa telah membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Perkara itu berlaku pada 20 Julai tahun lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing.

Siti Nordiana tak gentar lawan ‘lima sekawan’ di Mahkamah Tinggi

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, bersetuju kes perbicaraan saman membabitkannya dan lima sekawan sebanyak RM2.5 juta dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin ketika dihubungi berkata, anak guamnya tiada masalah untuk bersetuju dengan defendan yang inginkan kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Tinggi seperti dimohon.

“Selaku pihak responden (plantif) selepas mengambil kira kepentingan anak guam, Siti Nordiana bersetuju untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Maka, perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditangguhkan. “Mahkamah juga memerintahkan tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak.

“Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abang Azlan, perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi dijangka bermula hujung bulan ini atau awal Februari depan kerana tarikh baharu belum diputuskan pihak mahkamah.

Terdahulu, kes saman atas dakwaan fitnah membabitkan lima sekawan difailkan Siti Nordiana pada 30 Julai tahun lalu selepas peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai melalui serahan tangan dan emel kepada semua defendan yang menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam serta ganti rugi sebanyak RM200,000.

Namun, lima sekawan itu gagal berbuat demikian dan pihak Siti Nordiana seterusnya menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan yang keseluruhan bernilai RM2.5 juta, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dalam samannya.

Lima sekawan disaman Siti Nordiana ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dan isterinya Nur Sheila Hassim; penyanyi Syura atau Zuraidah Badron; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

Perbicaraan kes saman itu yang berlangsung di Mahkamah Sesyen, bagaimanapun dimohon oleh dua defenden, Sam Musyadzafar dan Razidah pada 16 Disember lalu untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas memfailkan saman pemula dengan menyertakan alasan jumlah keseluruhan tuntutan plaintif (Siti Nordiana) terhadap defendan-defendan adalah sebanyak RM2.5 juta dan nilai itu melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Konflik berlaku di antara lima sekawan dan Siti Nordiana bermula selepas mereka membuat Instagram ‘Live’ pada pada 20 Julai tahun lalu kira-kira jam 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing.

Sumber: havoc.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button