Hiburan

“Perasaannya rasa macam tak pegang cukup kuat” – Seluar Merah Hampir Terlucut, Tom Tetap Tenang Habiskan Persembahan

PETALING JAYA – Penyanyi, Tom terpaksa menyanyi sambil memegang seluarnya yang hampir terlucut ketika melakukan persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu ketujuh malam ini.

Seluar penyanyi itu tercabut selepas dia ‘mencangkung’ ketika menyanyikan not tinggi lagu ‘Akhirnya kini pasti’ nyanyian asal Anita Sarawak.

Penyanyi Tom terpaksa menyanyi sambil memegang bahagian belakang seluarnya yang hampir terlucut ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9)c malam tadi.

Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilihat tenang sehingga akhir persembahan meski berlaku sesuatu yang tak terduga.

Tom ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu ini.

“Saya kalau menyanyi selalu rendahkan badan kan, tiba-tiba tu ‘tapp’, alamak. Kita sudah lah ada nak buat showmanship pula. Benda yang tak dapat nak elak.

“Jadi daripada dibiarkan tercabut (tertanggal), kita teruskan persembahan juga. Pegang. Tapi dia mengganggu jugalah. Tercabut ketika di bahagian chorus.

“Perasaannya rasa macam tak pegang cukup kuat. Rasa macam nak cepat habiskan nyanyian. Sebab takut terjatuh seluar tu,” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap Tom yang tidak cemas dan menghabiskan persembahan dengan baik.

“Bertenang je seluar dia hampir terlucut, kalau aku dah menggelabah,” kata Ryazmi.

“Suka dengan ‘energy’ Tom bila persembahan, seluar terbuka pun kekal ‘perform’,” kata Nyaz.

“Terbuka pula seluar Tom ya, nasib baik sempat tahan,” kata J.

Sementara itu, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir, dalam saingan minggu ketujuh itu.

Ramli MS Ulas Sebab Tom Tersingkir GV9; “Dia Menyanyi Di Bawah Aras ‘Pitch’

Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS menyifatkan gaya nyanyian yang tidak berada pada nota sepatutnya menjadi sebab nama Tom diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir dalam saingan, malam tadi.

Ramli berkata, situasi tersebut sudah pun berlaku pada awal nyanyian, hingga membawa kepada peratusan markah rendah yang diterima Tom.

“Dia menyanyi tadi di bawah aras ‘pitch’. Bukan sumbang, tapi di bawah aras ‘pitch’. Jadi untuk keseluruhan lagu itu… pada baris-baris awal saya sudah catit (potong markah).

“Malah pada bahagian chorus pun, dia punya nafas tu ‘turun’. Dia tidak menyanyi di dalam ‘pitch’. Dia ada bait yang okay, tapi kemudiannya benda yang sama berlaku,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.

Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.

Sumber: KOSMO! ONLINE, MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button