Viral

‘Aina Abdul junior’? Fesyen rambut ‘pelepah kelapa’ siap dalam 10 minit! Kawan geram nak tarik, balik sekolah condong sikit

RAMAI terkejut menyaksikan video seorang kanak-kanak ke tadika dengan gaya rambut yang unik.

Malah, ada yang menyamakan gaya rambutnya seperti pelepah kelapa.

Di sebalik keunikan dan stail yang ‘rare’ itu, tentunya si ibu yang dihujani dengan pertanyaan dan pujian kerana kegigihannya merias anak.

Berkongsi cerita, ibu berkenaan, Nurul Adha Shamsury berkata, gaya rambut anak perempuannya berusia empat tahun itu dibuat sekadar suka-suka.

Tambahan pula, anaknya, Nur Farisya Rayanna suka berpenampilan cantik.

“Anak memang minat benda-benda yang comel ni. Jadi, saya tengok satu video dari luar negara buatkan tocang pada rambut anak.

“Ia kelihatan berjurai sampaikan ada yang kata macam pelepah kelapa. Anak lelaki saya kata macam ada kepak, saya rasa kelakar melihat persamaan tu,” katanya kepada mStar.

Selain ‘pelepah kelapa’, gaya rambut unik berbentuk bintang.

Mesra disapa Nurul, wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, proses menata rias rambut anaknya tidak mengambil masa lama.

“Senang je nak buat, hanya 10 minit. Banyak getah perlu digunakan untuk memastikan ikatan tocang yang bertingkat-tingkat benar-benar ketat untuk kekal tegang dan tahan lama.

“Ada ikatan menggunakan getah sebanyak dua kali. Sebanyak 26 getah yang digunakan untuk gaya rambut tu,” ujarnya yang menetap di Ayer Molek di Melaka Tengah, Melaka.

Nur Farisya merupakan kanak-kanak yang ceria dan petah bercakap.

Susulan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu terus menata rias rambut anaknya dengan gaya yang lebih unik dengan bentuk seperti bintang.

“Gaya tocang bentuk bintang mengambil masa 45 minit. Lebih 50 getah digunakan. Sama ada gaya rambut pelepah kelapa atau bintang tak susah nak buat, yang penting kena kasi tegak.

Ada yang minta saya buat video tutorial untuk menghasilkan gaya rambut seperti itu.

NURUL ADHA SHAMSURY

“Lebih-lebih lagi nak pastikan rambut tu tetap elok selepas balik dari tadika. Budak-budak kan lasak, itu belum lagi kawan-kawan dia tarik sebab menarik perhatian mereka.

“Bila balik dari tadika, rambutnya masih sama cuma ‘pokok’ tu dah condong sikit,” katanya yang menggunakan minyak untuk merapi dan melembutkan rambut.

Antara lain gaya rambut yang dibuat.

Nurul yang merupakan suri rumah turut menjelaskan dia tiada masalah untuk menggayakan rambut kerana anak perempuannya itu tak meragam.

“Budak-budak dah suka benda-benda cantik ni, jadi ia layankan saja. Tapi kalau dia dah mula bosan, saya ‘umpan’ kasi dia tengok telefon.

“Anak saya seorang yang ceria dan petah bercakap. Kadang-kadang dia akan menari ikut lagu-lagu trend di TikTok,” katanya lagi.

Nurul (dua, kanan) bersama suami dan anak-anak.

Dia yang turut menjual sambal kacang secara dalam talian terkejut dengan video gaya rambut anaknya meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

“Macam-macam komen yang menggelikan hati termasuk ada yang minta saya buat video tutorial untuk menghasilkan gaya rambut seperti itu.

“Paling kelakar apabila ada netizen menyamakan anak saya dengan penyanyi Aina Abdul. Ramai tahu Aina Abdul terkenal dengan fesyen pelik, manakala anak saya pula menggayakan stail rambut yang pelik,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button