Viral

[Video] Pernah Diejek, Tuan Rumah Kini Tersenyum Rumah Kelong Terapung Masa Banjlr

Tidak lama dulu, usaha seorang warga emas bernama A. Bakar Che Ahmad telah diperlekehkan netizen dek kerana memandang rendah keupayaannya dalam membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujvh.

Rumah yang diduduki A. Bakar, 67 dan isterinya, Fatimah Salleh, 61, sering dilanda banjlr hampir setiap tahun dan perkara ini telah membuatkan warga emas tersebut tampil dengan satu idea bernas.

 

Dia telah memasang 69 buah tong plastik biru di bawah rumah kayu miliknya yang akan berfungsi sebagai pelampung apabila tiba musim banjlr nanti.

Kos pembinaan ‘rumah kelong’ itu juga katanya menelan belanja sebanyak RM47,000 dan telah disokong oleh 7 orang anaknya.

“Senyum tuan rumah” 

Usaha tersebut nampaknya telah membuahkan hasil apabila tular satu video di TikTok memaparkan warga emas berkenaan tersenyum melihat rumahnya terapung ketika banjlr melanda kampungnya di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.

Video:

@jimat_fishing2

Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai…😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fyp #fypシ゚viral #allahyangpunya

bunyi asal – tututututu – Katak gemoy

Menerusi posting tersebut, kapsyen video berkenaan menjelaskan bahawa rumah kelong itu akhirnya berjaya terapung dan tuan rumah berharap perkara ini berjaya memberi inspirasi buat orang ramai yang menontonnya.

Video itu juga menjelaskan bahawa tuan rumah berkenaan telah memasang tiang pengikat rumah untuk memastikan rumah tersebut tidak hanyut jauh dari kawasan asal.

Dapat dilihat juga tuan rumah menaikkan barang-barang penting seperti motosikal ke atas rumah.

“Akhirnya pakcik berjaya buktikan yang pakcik bijak” 

Video berkenaan ternyata mendapat pujian daripada netizen yang kagum melihat kebijaksanaan pakcik tersebut yang berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Didoakan semoga mangsa banjlr yang terjejas di Kelantan dan Terengganu tabah menghadapi dugaan ini. Aamin! 

Sumber: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button