Hiburan

“Watak saya hampir sama dengan diri saya yang sebenar” – Alif Satar tidak terlibat babak pan4s dalam filem ‘Pulau’, syukur pengarah sangat memahami

BELUM pun ditayangkan, filem Pulau telah menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial kerana did4kwa mengandungi adegan pan4s dan pemakaian kurang sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia.

Mengulas mengenai perkara itu, bintang utama Alif Satar memberitahu pengarah filem iaitu Euho sangat menghormati pendirian pelakon sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, menjelaskan adegan mesra yang menjadi bualan ramai itu dilakonkan oleh pelakon bukan beragama Islam.

Alif merupakan watak utama dalam filem berkenaan.

“Alif terkejvt sebab mereka sangat memahami. Dalam masa sama rasa gembira juga sebab pengarah faham dan sebab itu saya tiada lakonkan babak yang pelik dalam filem Pulau.

“Watak yang saya bawa ni pun hampir sama dengan diri saya yang sebenar. Jadi saya tidak terlibat dengan babak pan4s tu.

“Pengarah dah pilih pelakon bangsa lain untuk bawa bab4k pan4s itu. Sebab itu, pelakon filem ini menampilkan masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai latar belakang,” katanya kepada mStar.

Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini netizen mengec4m filem ini kerana terdapat babak panas dan gaya pemakaian pelakon dikatakan menjolok mata.

Isu ini turut menarik perhatian pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengkaji semula tayangan filem ini.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia ada melakukan perbincangan dengan pengarah jika aksi yang dilakonkan itu tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Alif tidak terlibat dengan adegan pan4s

“Saya dah agak akan ada kerisauan macam ni. Tetapi kalau saya rasa tak sesuai dengan babak tu, saya akan beri pendapat kepada pengarah dan minta tukar.

“Setakat ini pendapat yang saya beri Alhamdulillah pengarah terima,” katanya.

Selain Alif, filem Pulau turut menampilkan pelakon Amelia Henderson, Ikmal Amry, Ms Puiyi, Mark O’Dea dan Vikar.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button