Hiburan

“Bila rambut pendek ini, saya rasa hilang semua benda” – Mimi Lana menang1s seminggu terp4ksa potong rambut pendek

SEBAGAI seorang wanita, rambut sudah tentu adalah segala-galanya bagi mereka namun pelakon Mimi Lana dia terpaksa mengorbankan mahkotanya itu demi menjayakan sebuah watak dalam filem lakonannya.

Mimi, 26, berkata, selama seminggu dia berendam air mata selama seminggu selepas memotong pendek rambutnya.

“Bila rambut pendek ini, saya rasa hilang semua benda. Hampir setiap hari saya menangis minggu pertama tapi lama-lama dah biasa dah.

Mimi Lana menangis terpaksa potong rambut pendek.

“Rambut saya adalah segala-galanya! Untuk potong rambut sependek ini bukanlah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan watak untuk filem akan datang, saya terpaksa juga potong sebab karakter yang saya bawa memang tidak sesuai berambut panjang,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Mimi menerusi hantaran Instagram miliknya.

Katanya, disebabkan imej baharunya itu ramai yang beranggapan bahawa dia sedang kecewa kerana putus cinta sedangkan ia tuntutan kerja.

Pelakon yang terkenal dengan drama Neraka Kasih Maisarah itu turut mengakui bahawa dia sangat menyukai kerjayanya sehingga rela berkorban apa sahaja.

Mimi Lana akui banyak berkorban demi lakonan.

“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam-macam lagi… Bukan sebab itu ya.

“Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan sahaja korbankan jiwa tapi fizikal juga!,” katanya.

Melihat ke ruangan komen, rakan-rakan artis memberi kata-kata semangat buat Mimi sekaligus memuji akan keberaniannya.

 

Mimi Lana tetap menawan dengan rambut pendek.

“Abang awak berani buat perubahan demi watak. Bangga! Suka tak suka belakang kira. Yang penting kemahuan watak itu penting seorang pelakon. Bravo!

“Rambut akan tumbuh kembali sayang tapi sumbangan atau akan kekal. Insya Allah.

“Alah Alah… tetap cantik. Tetap supermodel,” antara komen mereka.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button