Hiburan

Kurang tawaran lakonan, Lan Siro cari rezeki menoreh getah dan jual barang bundle… Kerja keras demi nafkah anak-anak selepas 2 tahun cer41

MENYEDARI pasang surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup, pelakon Lan Siro bertukar angin mencuba bidang baharu bagi menampung perbelanjaan harian.

Selain mengusahakan kebun getah di kampungnya di Temerloh, Pahang, Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar, 40, juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual barangan bundle selain bekerjasama dengan beberapa orang rakan dalam projek penternakan kambing.

Kata Lan, pekerjaan baharu yang dilakukan ini juga merupakan salah satu usahanya supaya tidak terlalu bergantung harap melalui pendapatan sebagai pelakon.

Lan tidak pernah putus harapan untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.

“Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran adalah pada bulan Ramadan lalu. Sekarang ini kiranya lebih dua bulan tiada job jadi kenalah buat benda lain sebab kita tidak tahu sampai bila boleh berlakon.

“Di kampung ada sedikit kebun pokok getah saya usahakan namun hasilnya tidaklah banyak. Sekarang ini saya mula berjinak-jinak menjual barangan bundle. Selagi ada kudrat saya akan usaha buat apa sahaja.

“Industri juga tidak menentu sekarang ini tapi saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan mana-mana pihak kerana kurang mendapat tawaran,” katanya kepda mStar.

Dalam masa sama pelakon Abang Sado Jemur Kain ini juga mendedahkan dia perlu bekerja keras kerana mahu memberi nafkah kepada dua orang cahaya matanya selepas hampir dua tahun berpisah dengan bekas isteri.

Mengakui hidupnya kini tidaklah terlalu senang, namun Lan bersyukur kerana masih diberikan rezeki dan peluang untuk mencuba sesuatu baharu.

“Hampir dua tahun saya menduda dan anak-anak tinggal bersama bekas isteri. Sebagai bapa saya kena kuat bekerja dan beri duit untuk anak-anak yang sedang membesar. Walau dalam keadaan apa sekalipun saya perlu jalankan tanggungjawan sebagai ayah.

Saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan mana-mana pihak kerana kurang dapat tawaran

LAN SIRO

PELAKON

“Syukur sekarang ini tidaklah susah. Masih boleh hidup seperti biasa, cuma tidaklah senang. Kalau dahulu saya boleh bergantung kepada pendapatan dalam dunia seni, sekarang tidak lagi. Kena cekap mengatur perjalanan,” jelasnya.

Walaupun tawaran berlakon semakin perlahan, Lan berkata dia tetap akan meneruskan karier seni dan tidak pernah berputus asa mencari peluang.

Lan kerja keras demi anak-anak.

“Saya tidak pernah tinggalkan dunia lakonan kerana minat yang mendalam. Tidak semua orang diberi peluang ini dan berlakon seakan-akan sudah menjadi makanan jiwa buat saya.

“Bukan lagi fikir soal glamor atau duit, tetapi saya anggap tanggungjawab untuk menjayakan watak supaya sampai kepada penonton.

“Mungkin suatu hari nanti saya tidak lagi berlakon dan akan terus terlibat dengan kerja belakang tabir. Ini adalah asam garam dunia seni dan terpulang kepada diri sendiri untuk terus bertahan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button