Hiburan

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” – Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serlk Berlakon Sama

Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada meluahkan rasa kesal kerana telah dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.

Kata Reen yang ditemui program hiburan Melodi, dia sudah terlibat dalam bidang lakonan selama 11 tahun dan ini merupakan kali pertama dia mengalami insiden seperti itu.

Jelasnya, pelakon senior yang tidak disebut namanya itu telah bertindak mencekiknya sehingga menyebabkan dia berasa seperti hendak pengsan ketika di set.

Sebenarnya babak itu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap.  Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri, tak nak panjang-panjang cerita.

Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real.

Berikutan itu, pelakon Fezrul Khan berasa terpanggil untuk menjawab dakwaan itu dan turut memuat naik babak yang dikatakan ‘mencekik’ Reen di TikTok miliknya.

Video:

? original sound – G – G

Anda boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tanyalah teman lelaki awak yang stuntman tu.

Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau.

Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak akan berlakon lagi dengan Reen Rahim kerana merasakan aktres itu perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button