Hiburan

“Waktu itu kepala kosong, tak tahu buat apa” – Norish Karman simpati nasib 4 beradik, terbuka hati jadikan anak angkat

SIMPATI nasib menimpa empat beradik, pelakon Norish Karman mengambil kanak-kanak itu menjadi anak angkatnya.

Kata Norish atau Nor Ashikin Karman, 50, dia terbuka hati untuk membantu empat kanak-kanak itu semasa negara dilanda pandemik C0vld-19 pada tahun 2020.

“Anak saya sebenarnya empat orang. Pada waktu C0vld-19… tahun 2020 Allah hantar empat lagi orang anak. Mereka adik-beradik.

“Saya ambil mereka di kampung… waktu itu kepala kosong, tak tahu apa buat.

Norish bersama lapan orang anaknya.

“Yang tahu mereka dalam golongan terdampar, dengan negara dilanda C0v1d-19 lagi, tiada siapa beri makan,” katanya kepada mStar.

Lebih membuatkan dia bertambah simpati apabila empat beradik itu tiada tempat berlindung selain ibu bapa mereka juga tidak dapat dikesan.

“Emak masuk penjara, bapa pula sudah lama tinggalkan mereka. Jadi mereka tiada rumah dan tiada tempat bergantung.

“Masa saya ambil yang sulung berusia sembilan tahun, kedua tujuh tahun, enam tahun dan yang kecil 15 bulan.

Kata Norish, awalnya dia hanya mahu menjaga buat sementara waktu sehinggalah ada pihak berkemampuan mengambil mereka namun kini dia mula berat hati untuk melepaskan mereka.

Malah anak-anak kandungnya juga meminta agar mereka dijadikan anak angkat kekal melalui proses yang sepatutnya.

“Saya fikir untuk jaga mereka sementara sehingga ada keluarga yang lebih berkemampuan jaga mereka, sebab saya tak rasa saya mampu.

“Tapi selepas setahun tiada orang jaga dan cari mereka, ada yang nak tapi mereka nak pisahkan… tak boleh!

Anak-anak angkat Norish kini semakin meningkat dewasa.

“Selepas setahun ada yang pujuk saya supaya saya mohon jadikan mereka anak angkat, masa itu fikir mampu ke tapi anak-anak sokong saya dan percaya pada rezeki Allah.

“Saya ikutkan dan sampai ke hari ini mereka bersama saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Norish pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998 namun berpisah pada 2008.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, Muhammad Hady Amieran, Nur Hanyz Amanda dan Haq Lutfie Alexander.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button