Hiburan

Nyanyian Dengan Bunyi ‘Pelik’, Rupanya Ada Benda Jadi Kat Ning Baizura Masa Atas Pentas

Pelantun suara bagi lagu Awan Yang Terpilu, Selagi Ada, Curiga dan banyak lagi, dikenali sebagai Ning Baizura cukup terkenal di era awal 2000-an dan sebelumnya. Seorang penyanyi yang memiliki suara cukup unik, sudah tentunya Ning Baizura berada di kelasnya tersendiri.

Bagaimanapun baru-baru ini, satu rakaman dengan paparan Ning Baizura sedang membuat persembahan secara langsung telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

Apa yang membuatkan rakaman ini mencuri perhatian ramai adalah suara nyanyian Ning Baizura yang cukup berbeza dari kebiasaannya. Kedengaran agak sumbang namun tidak dapat dipastikan adakah Ning Baizura sedang tidak sihat atau pun sebak ketika menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu ini.

Mendengarkan nyanyian yang berbunyi agak luar biasa ini, warganet mula mengandaikan antara sebab suara Ning Baizura itu jadi sebegitu. Ada yang mendakwa Ning Baizura begitu sebak ketika membawakan lagu tersebut.

Beberapa netizen yang melihat video ini telah bertindak untuk mengecam dan mengkritik nyanyian Ning yang dilihat tercungap-cungap seperti tak cukup nafas.

Allahyarham ayah dia tak pernah tengok dia nyanyi…Jadi masuk akal la kalau suara dia sebak

Akibat video pendek itu, segelintir netizen di TikTok telah melabelkan nyanyian Ning sebagai sumbang dan kualiti kemerduannya tidak seperti dahulu. Namun siapa sangka, rupa-rupanya penyanyi berkenaan sedang sebak mengenangkan semula tentang Allahyarham bapanya. Sebab itulah dia merasa begitu emosi sekali gus menjejaskan mutu nyanyian.

Malah ada juga yang menganggap suara Ning Baizura jadi sebegitu kerana sudah lama tidak menyanyi. Apa-apa pun mungkin ada sebab tersendiri mengapa suara Ning Baizura ini jadi sebegini. Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 210 ribu tontonan dan 4,800 likes.

Ekoran ini, menerusi temubual dengan Harian Metro, Ning menyifatkan tindakan individu yang menularkan video tersebut sebagai tidak munasabah dan hanya mahu menjatuhkan reputasinya.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert. Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak.

“Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir.

Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku.”

Ning turut kecewa kerana persembahannya yang baik tidak pula ditularkan seperti itu dan turut mengajak orang ramai untuk hadir sendiri ke persembanhannya untuk lihat sendiri nyanyiannya.

Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh. Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu.

“Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu.”

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut seperti berikut:

“Dia nangis kot, sebab lagu tu kisah benar pasal ayah dia..Kalau tak silap saya”

Memetik laporan Harian Metro, Ning menyifatkan video pendek yang tular itu lebih kepada untuk mencari kelemahan dan cuba menjatuhkan dirinya kerana mereka tidak ada di tempat kejadian.

Katanya dalam laporan sama juga, sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak sememangnya susah untuk mengeluarkan suara dengan baik.

Betul cakap Ning tu, selain sebak, bila penat pun memang vokal boleh jadi tak ok. Orang yang suka karaoke macam min ni tahulah kan?

kredit: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button