Hiburan

“Video Tayang J*b0 Tapi Berlakon Satu Anugerah Pun Tak Ada!” – Puteri Balqis ‘Sound’ Pelakon Remaja Mana Tu?

Perkongsian status pelakon Puteri Balqis yang meluahkan rasa berang terhadap seorang pelakon berusia 14 tahun yang dimuat naik di laman sosial menarik perhatian netizen.

Tanpa menyebut nama individu itu, Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish mendakwa pelakon remaja itu gemar bersikap memerli orang malah turut membabitkan dirinya dengan membandingkan kecantikan sesama mereka.

“Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi cringe kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli dalam video kau.

“Dengan aku yang tak bersalah ni pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau”, kata Aqish.

Pada perkongsian yang sama, Aqish turut menegaskan dia tidak mahu bergandingan dengan individu tersebut yang bangga menayangkan badan dan kekasih di laman sosial.

“Video tayang j*bo hari-hari, tapi berlakon satu anugerah pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia ‘flip hair’ 20 kali seminit.

“Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah tu. Jangan babitkan aku. Ubat depressison aku nak dekat habis ni,” tegas Aqish.

Disebabkan itu, dia berharap agar tidak bekerjasama dengan artis tersebut dalam satu set penggambaran yang sama kerana enggan untuk melihat tingkah lakunya yang dipercayai sudah mempunyai teman lelaki walaupun masih dibawah umur.

Susulan itu, Puteri Balqis memberi amaran supaya tidak mengaitkan dirinya dalam sebarang video artis tersebut demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Tolong lah jangan bagi aku satu set dengan dia flip hair 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah itu. Adoi jangan babitkan aku, ubat depres aku nak dekat habis ni,” ujarnya.

Rata-rata netizen di ruang komen tertanya-tanya siapa gerangan individu yang dimaksudkan Aqish dan ada juga antara mereka mendakwa status itu ditujukkan kepada pelakon remaja wanita yang cukup dikenali di TikTok.

Sumber: Instagram @Puteri Balqis

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button