Hiburan

“Sumpah best gilerr,” Akhirnya Kak Lina belanja suara merdu di GV9

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau turut dikenali sebagai Kak Lina Pompom sebelum ini merupakan antara penyanyi kegemaran ramai apabila lagu-lagunya berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali menjadi perhatian.

Selepas itu, Kak Lina Pompom mulai lebih aktif sebagai pelakon dan kini pula, selebriti jelita berusia 41 tahun ini sangat disukai ramai sebagai pengacara apabila perangai selambanya sering mencuit hati penonton. Malah dalam rancangan Gegar Vaganza (GV9), dia dan Nabil Ahmad berjaya menghiburkanramai dengan telatah mereka.

Video:

@rienawaldorf17

Kak lina belanja lagu Bakawali..

#kaklinapompom #gegarvaganza #gegarvaganza9 #gegarvaganza2022 #ellymazlein

original sound – Rienawaldorf – Rienawaldorf

Meskipun begitu, selain terhibur dengan perangai Nabil Ahmad dan Kak Lina apabila beraksi sebagai pengacara GV9, peminat akhirnya dapat mendengar suara serius Kak Lina apabila menyanyi. Mana tidaknya, ramai yang mengetahui, dia mempunyai suara merdu.

Jadi di kesempatan disebalik tabir video GV9, Kak Lina dilihat diminta penonton untuk menyanyikan lagu Bakawali dan ternyata ia direalisasikan buat ramai.

Video:

@chunbae___

Sekali Kak Lina belanja lagu lah!

#gegarvaganza9 #gegarvaganzaseparuhakhir

original sound – Chunbae – Chunbae

Klip-klip video yang tular itu juga mendapat pelbagai pujian oleh warganet tentang kemerduan suara Kak Lina Pompom yang sememangnya sebelum ini cukup popular sebagai penyanyi dan memiliki banyak lagu yang memukau peminat. Memandangkan sudah tidak lama lagi, GV9 bakal melabuhkan tirai, ada juga diruangan komen mengatakan ingin melihat dia di Anugerah besar seperti ABPBH selepas ini.

‘Haha Nabil perati je Kak Lina nyanyi’

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button