“Baby tak sabar nak keluar”- Azizulhasni dapat hadiah birthday paling bermakna, kongsi tarikh lahir dengan anak keempat
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsi berita gembira mengumumkan isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat selamat melahirkan anak keempat mereka pada Jumaat.
Lebih membuatkan Azizulhasni teruja apabila tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadinya iaitu pada tanggal 5 Januari.
“Alhamdulillah. Syukur isteri yang tersayang Tya memberikan hadiah hari lahir yang sangat bermakna.
“Hadiah yang tidak disangka ini hadir beberapa minggu awal dan memberi kejutan besar buat kami sekeluarga,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Jumaat.
Menurut Azizulhasni, dia pada mulanya hanya menemani isteri untuk membuat pemeriksaan berkala seperti biasa.
“Bermula dengan menemani isteri untuk pemeriksaan mingguan dan diikuti dengan doktor memberitahu yang baby sudah tidak sabar untuk keluar.
“Maka berakhirlah kami berdua di bilik bedah hanya beberapa jam selepas itu. Alhamdulillah syukur isteri dan bayi sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah SWT,” katanya yang kini berada di Melbourne, Australia.
Dalam hantaran sama, Azizulhasni turut menyatakan penghargaan kepada isterinya atas pengorbanan dan berjuang untuk melahirkan anak mereka.
“Sekarang saya adalah ayah kepada empat orang anak. Semoga Allah memberikan balasan syurga kepada isteri yang banyak berkorban. Saya sayangkan awak sangat sayang,” tulisnya lagi.
Setakat ini masih tiada lagi pendedahan mengenai nama, wajah dan jantina bayi yang dibuat oleh Azizulhasni.
Hantaran ini turut mendapat perhatian beberapa atlet negara lain serta netizen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.