Lelaki nak undur masa, sedih isteri pertama dah tak manja, isteri kedua layan macam hamba
REALITI kehidupan seorang lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang isteri tidak seindah disangka.
Penyesalan itu diluahkan oleh seorang individu selepas berkahwin dengan isteri kedua yang berstatus janda.
Sebagaimana dikongsikan di X, dia berasa terkilan apabila rumah tangganya yang baru dibinanya itu tidak seindah seperti sebelum memadukan isteri pertama.
“Saya lelaki yang menyesal berkahwin dua. Isteri pertama sudah tak manja macam dulu.
Hubungan sepasang suami isteri menjadi renggang apabila hadir orang ketiga. -Gambar hiasan
“Anak kandung dah benci saya,” ujarnya dalam satu hantaran tanpa mendedahkan identiti diri.
Bercerita mengenai kehidupan dengan isteri kedua, dia mendakwa tidak mendapat layanan sepatutnya.
Sekiranya diberikan pilihan, lelaki ini berharap dapat mengulangi masa dan tidak akan membawa masuk wanita berkenaan dalam kehidupannya yang sudah berkeluarga.
Dalam perkongsiannya, dia menjelaskan bahawa rasa simpati terhadap wanita berstatus janda itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dua.
“Isteri kedua layan saya macam hamba. Anak tiri layan saya macam ‘bank’. Rasa nak putar balik masa dan fokus pada keluarga sendiri.
“Niat saya nak bantu janda tapi benda paling sakit saya rasa sekarang ni ialah anak-anak sendiri benci sampai tahap pandang muka saya pun tak nak,” jelasnya lagi.
Katanya, dia sebelum ini hanya meluahkan masalah dihadapi kepada rakan-rakannya.
Malah keputusan untuk beristeri dua ini seolah-olah makan diri sendiri apabila dia terpaksa berjumpa psikiatri untuk mendapatkan rawatan.
Jangan haraplah isteri pertama nak kembali manja macam dulu kalau hati dah sakit.
NETIZEN
“Saya sudah malu nak cerita dekat kawan. Jumpa psikiatrik pun tak membantu,” katanya.
Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang tidak bersetuju dengan keputusan pengadu berkahwin dua sebelum ini.
Bagaimanapun dia diminta agar menerima segala akibat daripada apa yang telah dilakukan.
“Kalau berkahwin dua, kau kena terima yang anak mesti benci kau. Jadi dah tua nanti nak minta kemaafan anak jangan letak harapan tinggi.
Komen netizen pada hantaran asal di X.
“Harapkan apa? Isteri masih layan macam raja? Mestilah anak yang sudah besar akan benci dekat bapa sendiri sebab buat mak dia sedih.
“Sabarlah pengadu. Sabar mana pun isteri pertama, masa kau buat hal nak kahwin satu lagi kau ingat senang ke nak terima? Jangan haraplah isteri pertama nak kembali manja macam dulu kalau hati dah sakit.
“Jangan sampai hati dan cinta dia mati untuk kau sudah la. Kau kena baiki sebelum terlambat,” ujar beberapa netizen.m
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda