[VIDEO] “Kenapa Dah Lain Muka, Cantik Yang Dulu..” Ramai Terkejvt Tengok Perubahan Wajah Zarina Zainudin
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon hebat Zarina Zainudin, kecekalan wanita tabah ini dalam meniti kehidupan seharian nyata mencetus inspirasi. Dalam kesibukan menguruskan dua anak istimewanya namun Zarina Zainuddin tetap ligat merancang masa depan dengan segala kudrat yang ada.
Enggan bergantung pendapatan dengan kerjaya lakonan semata-mata, aktres ini bijak menggunakan bakat yang ada untuk menceburi bidang perniagaan makanan.
Perniagaan pulut kuning yang diusahakan Zarina Zainuddin bukan lagi rahsia. Saban tahun, dia ligat mencari pelbagai idea baharu untuk melariskan jualan. Yang pasti, bisnes pada mulanya sekadar ‘suka-suka’ kini berkembang maju dan meraih pulangan menguntungkan.
Terbaharu, pelakon Zarina Zainudin telah berkongsi satu video mempromosikan jualan pulut kuning di sebuah booth di Singapura. Malah, apa yang menarik perhatian apabila ramai yang berperasan terdapat perubahan pada bentuk hidung pelakon tersebut.
Terdapat juga sesetengah netizen mengatakan itu hanyalah sekadar ‘filter’ yang menampakkan hidung semakin mancung.
Rata-rata netizen tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen dengan mengatakan wajah terdahulu kelihatan lebih cantik berbanding dengan wajah terkini. Apapun, setakat ini pelakon tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perubahan wajah tersebut.
Zarina Zainuddin terkilan ‘anak syurga’ dihlna
Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin tersinggung dan terkilan apabila ada individu tergamak menghlna anak istimewanya dengan melakukan suntingan di laman Wikipedia.
Katanya, perkara itu dikongsikan sendiri oleh Azal atau Muhammad Raizal Azrai, 26, yang menunjukkan paparan keratan berkenaan kepadanya.
Menurut Zarina, dia hanya mampu memeluk kedua-dua putera kembarnya dan memujuk mereka kerana tergam4m.
“Azal hantar pada saya, ibu ada orang, tulis di wikipedia kata Azal g1la ibu tengok ni.
“Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak g1la Azil tak g1la. Azal dan abang Azil anak istimewa, anak istimewa.
“Allah ada, biar orang kata apa Allah ada, kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulisnya di Instagram.
Ibu kepada empat cahaya mata itu memuat naik video berkaitan keratan yang diambil dari laman Wikipedia bersama latar belakang muzik syahdu.
Menerusi entri berkenaan, antara deskripsi ditulis pihak tidak bertanggungjawab itu adalah ayat melampau seperti ‘anak g1la yang suka tantrum (meng4muj) dan ‘penghuni ner4ka’.
Selain Azal dan kembarnya, Muhammad Razil Azrai yang juga autisme, Zarina turut dikurniakan dua lagi anak lelaki, Muhammad Adam Azrai dan Muhammad Naim Azrai.
Daripada semakan Harian Metro, laman ensiklopedia berkenaan telah disunting semula.
Sementara itu, ramai pengikut serta rakan artis mengutvk perbuatan tersebut termasuk Sharnaaz Ahmad, Catriona Ross dan Fasha Sanda.
Sumber: https://www.tehtarikkaw.com/Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda