Hiburan

Sharifah Amani selamat bergelar isteri CEO, terpikat sikap mudah terhibur suami

PELAKON Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir, 38, yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis pernikahan itu diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Amani akui Faris mudah buat dia terhibur.

Pada majlis tersebut pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang namun wang hantaran dirahsiakan.

Usai pernikahan, Amani, 36, meluahkan rasa syukur perjalanan menuju ke alam perkahwinan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Kata Amani, dia meletakkan harapan agar fasa baharu yang akan dilalui oleh mereka menjadikan kedua-duanya lebih matang.

“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik C0v1d-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya Allah,” katanya.

Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang sempoi dan terbaik

SHARIFAH AMANI

PELAKON

Detik pertemuan pasangan ini bermula tiga tahun lalu ketika Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sebuah organisasi diketuai Ahmed Faris.

Bermula sebagai kenalan secara profesional, bibit-bibit cinta mula timbul antara mereka dan Amani mudah menerima Faris sebagai pasangan kerana lelaki itu sering menghiburkan hatinya.

“Dipendekkan cerita, selepas C0v1d-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh.

“Suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang sempoi dan terbaik,” jelasnya.

 

Amani sebelum ini merahsiakan identiti Faris selepas mereka bertunang.

Sementara itu, bercakap tentang perancangan berbulan madu, pasangan ini terlebih dahulu mahu memberi fokus untuk pindah bersama selepas mendirikan rumah tangga dan menunggu masa sesuai untuk bercuti.

“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin.

“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua. Kalau okay pun, mungkin akhir tahun ini,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Amani berkongsi berita gembira apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Faris menerusi satu hantaran gambar cincin di jari yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button