Hiburan

Video cur4ng tersebar di TikTok, suami pelakon Nurul Aini mohon maaf… Main kayu tiga sebab tersilap langkah

NAMA pelakon dan pengacara asal Singapura Nurul Aini hangat diperkatakan ketika ini susulan sebuah video mendakwa suaminya berlaku cur4ng tersebar di media sosial.

Menerusi video berkenaan memperlihatkan seorang lelaki dipercayai suami Aini iaitu Sofian Roslan dilihat keluar daripada sebuah kenderaan mewah disusuli seorang wanita di sebuah tempat letak kereta bawah tanah.

Video yang disebarkan di TikTok dengan kapsyen ‘check in hotel’ sejak 20 Januari lalu itu turut mendakwa identiti wanita bersama Sofian adalah pelakon yang juga ejen hartanah Fatin Amira.

Sofian didakwa ke hotel bersama Fatin.

Mereka dilihat memasuki sebuah pintu yang tertera perkataan “Welcome to Capri by Fraser, China Square” sebelum kembali ke kenderaan sama.

Susulan penyebaran video berkenaan, Sofian, 41, tampil membuat permohonan maaf terhadap isterinya serta ingin menggunakan keseluruhan hidupnya bagi menebus kesalahan dilakukan.

Sofian dalam kenyataan di Instagram menyifatkan tindakannya itu sebagai tersilap langkah dan tidak dapat membayangkan kesakitan ditanggung Nurul Aini.

“Allah kurniakan saya dengan begitu banyak rezeki dan awak sentiasa mengingatkan saya untuk menghargai apa yang kita ada.

“Saya minta maaf B (panggilan Nurul Aini). Awak bermakna segala-galanya untuk saya.

“Jika awak izinkan, saya ingin menghabiskan sisa hidup saya untuk memperbaiki semua kesalahan demi awak dan anak-anak kita. Saya sangat sayangkan kamu semua,” katanya.

Sementara itu, Nurul Aini yang popular menerusi drama Lion Mums itu minta diberikan privasi bagi mengharungi kontroversi yang disifatkan sebagai sukar buat dia dan keluarga.

“Salam semua. Ini adalah masa sangat sukar untuk saya dan keluarga.

Nurul Aini dan Sofian bersama anak-anak mereka.

“Kami mohon diberikan ruang dan privasi bagi mengharungi dugaan ini. Sokongan dan doa anda amat kami hargai. Terima kasih,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fatin dilihat turut menetapkan akaun Instagram miliknya dalam tetapan privasi selepas dihujani kecaman netizen.

Untuk rekod, Sofian dan Nurul Aini, 41, berkahwin pada 2008 dan perkahwinan 16 tahun itu dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia empat hingga 13 tahun.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button