Hiburan

“Sentap terus member” – Rajin hantar mesej tapi tak dibalas, rupanya Erra Fazira ‘block’ nombor telefon Zizan Razak

 

WALAUPUN tidak pernah ada masalah, pengurus Erra Fazira mendedahkan aktres berkenaan menyekat nombor telefon milik pelawak Zizan Razak.

Erra atau Fazira Wan Chek, 49, bukan sahaja menyekat malah dia tidak menyimpan nombor telefon pelawak berkenaan.

Dedah pengurusnya iaitu Sharendra Razak, Zizan sebelum ini sering menghantar mesej di WhatsApp namun aktres itu tidak pernah membalasnya.

Zizan tak sangka nombor telefonnya disekat dan tak disimpan Erra.

“Ceritanya begini, Zizan selalu text Erra, kadang-kadang bagi video kelakar ke apa… Erra ni pula tak pernah respon walau satu pun.

“Lepas itu text itu satu tick sahaja. Senang cerita tak delivered text itu. Sekali agaknya Zizan dah geram, terus tanya depan-depan.

“Rupa-rupanya Erra tak simpan nombor telefon Zizan. Dahlah tak simpan, dia pergi block pula nombor, terus Zizan clueless,” katanya.

Sharendra berkongsi kisah lucu itu bercerita di Instagram Story miliknya.

Video itu juga tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan hampir mencecah 200,000.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati dengan situasi berkenaan.

Erra bersama pengurusnya Sharendra Razak.

“Janggal muka Erra bila dia sedar dia block lepas itu pandang Zizan.

“Sentap terus member, ni mesti sebab kak Erra jarang pakai WhatsApp,kan?

“Mesti Zizan rajin mengorat Erra ni, sampai kena block dah,” tulis netizen.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button