Hiburan

“Maaf Terhensem Pulak..” – Amerul Affendi ‘Tayang’ Pernah Menang Anugerah Luar Negara, Finas Diam Je Ke?

Isu berkaitan pelakon baru perlumempunyai raut wajah yang kacak dan cantik masih lagi menjadi perdebatan hangat rakan artis dan netizen di media sosial setelah ia diutarakan oleh pengarah terkenal, A.Aida baru-baru ini.

Antara selebriti yang tampil menyuarakan pendapat mereka adalah seperti Amerul Affendi, aktres Nasha Aziz dan juga pengarah Fadzil Teh.

Amerul yang sememangnya diketahui netizen sebagai pelakon berbakat dan versatil juga ada tampil mengkritik pendirian A.Aida di Twitter miliknya baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitter tersebut, Amerul berkata bahawa ia akan menyukarkan pelakon baharu yang baru berkecimpung dalam dunia lakonan sekiranya paras rupa cantik dan kacak sahaja yang dipandang.

Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal-bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.. – Amerul Affendi

Terbaru, pelakon filem Mencari Rahmat itu ada ‘mengusik’ Finas apabila dia memuat naik video dia tampil kacak bergaya ketika menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Asian International Film Festival.

Maaf ter-hamsem pulak. Finas diam je tu? Dah kenapa? Terkesima ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan Amerul selain memuji taraf lakonannya yang tidak dinafikan, dekat di hati penonton.

Ni baru wajah melayu betul. Dah la berlakon pun power. Wajah mix badan berkepok-kepok berlakon ala kadar je.

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Amerul ‘jalan terus’ dan tidak mensia-siakan bakat yang dikurniakan Allah S.W.T kepada dirinya.

Terdahulu, Tak kisah orang kec4m, bagi saya wajib ada rupa paras – A. Aida

Kekal dengan pendirian rupa paras adalah elemen penting untuk menjadi seorang pelakon, penerbit, Datuk A. Aida tidak kisah sekiranya menerima kecam4n daripada warganet mahupun penggiat seni.

Jelasnya, sebagai penerbit, dia mempunyai hak untuk bersuara secara peribadi walaupun kenyataan itu mungkin menyinggung mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendiriannya.

“Tak kisah apa orang nak cakap atau kecam, bagi saya wajib ada rupa paras. Nak berlakon dengan saya, kena cantik dan kacak. Bonus kalau berbadan sasa. Pelakon muda juga salah satu kriteria.

“Selain skrip yang baik, kriteria penting dan wajib adalah rupa paras. Itu adalah formula saya untuk menghasilkan drama yang menerima tontonan ramai. Saya cakap wajib sebab formula itu berjaya,” katanya.

A. Aida ditemui pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, penerbit popular itu turut dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sebelum ini, A. Aida pernah berhadapan kontroversi sama apabila beberapa anak seni membidas kenyataannya yang meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.

Pelakon legenda, Fauziah Ahmad Daud pernah bersuara menempelak kenyataan A. Aida dan menyifatkan penerbit itu tidak memahami rukun lakonan kerana hanya memandang rupa paras semata-mata untuk berjaya dalam industri seni.

“Buku atau rukun mana mengatakan untuk menjadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?

“Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti menghina ciptaan Tuhan? Ramai yang mempunyai bakat lakonan hebat mengatasi rupa paras. Kenyataan itu agak biadap,” kata pelakon hebat itu sebelum ini.

Hmm, pelakon yang berbakat atau pelakon yang mempunyai rupa paras menarik? Agaknya yang mana satu pembaca akan pilih?

Kredit: Twitter

Sumber: Ohmedia, utusan, Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button