Hiburan

“Dia masih sayang suami”… Rupanya Puteri Sarah pernah hubungi Ustazah Asma’ Harun minta nasihat isu rumah tangga

PENDAKWAH bebas Ustazah Asma’ Harun mendedahkan pelakon Puteri Sarah Liyana pernah menghubunginya bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu rumah tangga.

Asma’, 39, berkata Sarah ketika itu meminta pandangannya kerana mahu mempertahankan ikatan perkahwinan dan mengakui masih menyayangi suami iaitu pengarah Syamsul Yusof.

“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita… dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Asma’ berkongsi doa dan zikir untuk Sarah.

“Dia sudah berusaha diperingkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Dia tanya apa yang dia boleh buat… saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangganya dan masih sayang kepada suami,” kongsinya kepada mStar.

Asma’ ditemui di Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Asma’ bagaimanapun berkata kesibukan kerja masing-masing membuatkan mereka tiada kesempatan untuk bertemu bagi berkongsi pandangan.

“Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita… dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

USTAZAH ASMA’ HARUN

PENDAKWAH BEBAS

“Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tip apa yang boleh diusahakan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakan suami atau isteri yang memilih untuk menyekat nombor telefon pasangan, Asma’ berpandangan ia merupakan satu tindakan tidak wajar.

Ini kerana komunikasi merupakan kunci utama dalam ikatan perhubungan manusia.

Sarah pernah meminta nasihat daripada Asma’.

“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor telefon pasangan. Komunikasi adalah asas rumah tangga.

“Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.

“Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?” ujarnya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button