Hiburan

[VIDEO] “Beliau Muncul & Solat Di Sebelah,” – Alif Satar Tak Sangka, Rezeki Jumpa Mufti Menk Di Tanah Suci

PEMERGIAN Alif Satar menunaikan ibadah umrah kali ini membawa hikmah besar kepada aktor dan penyanyi berkenaan apabila berpeluang bertemu dengan dua tokoh agamawan yang disegani ketika berada di Makkah.

Kongsi Alif, 32, ketika berada di sana dia berpeluang mendekati Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa Menk sekali gus bergambar dengan agamawan terkenal berkenaan.

Kata Alif, dia menganggap pertemuan dengan Mufti Menk sebagai satu keajaiban apatah lagi bertentang mata dengan seseorang yang banyak memberi semangat ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.

“Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secara peribadi… terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar.

Alif Satar gembira berpeluang jumpa Imam Masjid Haram.

“Semoga Allah permudahkan segalanya buat anda,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Alif menerusi Instagram pada Rabu yang turut memaparkan aktor berkenaan berusaha mengejar tokoh agamawan itu yang sedang tergesa-gesa menuju ke sebuah tempat.

Bagaimanapun rezeki Alif apabila Mufti Menk berhenti untuk menyapanya sebelum merakam foto bersama.

Alif turut memberitahu dia sebelum itu menonton video live Mufti Menk di Instagram yang membuatkan dia sanggup meredah lautan manusia untuk bertemu dengannya.

Tuhan nak beritahu dekat tempat dia kalau niat benda baik akan dimakbulkan Insya Allah.

ALIF SATAR

PELAKON/PENYANYI

“Saya tonton live Instagram dia dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya. Saya tahu perkara itu susah kerana terpaksa meredah lautan manusia. Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? Dia pun tak tahu.

“Dalam hati saya berkata Insya Allah kalau ada rezeki saya, Allah akan tunaikan. Kemudian dia muncul dan berdoa di sebelah saya. Allhuakhbar,” katanya lagi.

Menerusi hantaran lain pula, Alif turut berkongsi rasa teruja apabila berpeluang mendengar ceramah Abdul Rahman Al- Sudais yang merupakan salah seorang daripada sembilan imam di Masjidil Haram.

Alif Satar sedang tunaikan umrah bersama rakan-rakan.

“Alhamdulillah tadi kami solat Maghrib, kami berjalan-jalan dan niat dalam hati bagi kami peluang jumpa orang hebat. Sekali Abdul Rahman Al-Sudais lalu di belakang saf kami.

“Tuhan nak beritahu dekat tempat dia kalau niat benda baik akan dimakbulkan Insya Allah,” ujarnya.

Pun begitu, Alif meluahkan rasa rugi apabila tidak memahami ceramah yang diberikan memandangkan ia dalam Bahasa Arab.

“Hari ini rezeki kami di Masjid Nabi, terserempak dengan Imam Masjid Haram. Tapi itulah… rugi tak belajar bahasa Arab. Sempat record audio nak tanya ustaz esok,” kongsinya

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button