Viral

[Vide0] Pergi teruja, balik kcewa! Kedai vlral punya hal, nasi goreng 2 jam belum siap masak… paling ‘win’ pelanggan akhirnya dapat makanan lain

SERINGKALI terjadi, apa yang dikhabarkan di media sosial berbeza dengan realiti.

Perspektif individu juga memainkan peranan kerana apa yang sempurna di mata seseorang, mungkin tidak di mata manusia lain.

Begitulah apa yang dilalui pemuda ini yang singgah di sebuah ‘kedai makan viral’ dalam keadaan teruja tetapi pulang dengan rasa kcewa.

 

Dalam satu video tular di laman TikTok, dia yang menggunakan nama Imran Meran meluahkan perasaan mengenai servis kedai itu yang didakwa ‘lemb4b’.

“Aku ni sebab terpengaruh dengan TikTok influencer. Katanya nasi goreng daging Australia paling sedap dekat Kuantan, Pahang ni.

“Terpengaruh aku ni. Lepas tu bila pergi, dah sampai dekat situ, dia cakap mungkin lambat sikit order.

“45 minit atau sejam macam itu dia cakap kena tunggu,” Imran bercakap di TikTok mengimbas semula kejadian itu.

Walaupun dimaklumkan makanan akan lewat sampai, Imran bersama rakannya sanggup menunggu demi makanan yang sedang menjadi bualan hangat media sosial.

“Saya kira okay la, bearable lagi kita nak tunggu tu,” katanya.

Penantian mereka untuk menikmati hidangan itu akhirnya mengambil masa lebih dua jam lamanya.

After dua jam lebih aku tunggu, tak sampai-sampai lagi.

Kena pandai adjust timing nak datang kedai viral.

NETIZEN

“Aku pergi la tanya kenapa lambat sangat, baru pergi beli barang ke apa?” katanya dengan nada sinis.

Menurut Imran, setiap meja di dalam kedai itu dipenuhi dengan pelanggan yang sedang menunggu tetapi makanan hanya dibawa keluar dari dapur selang 30 minit.

“Setiap 30 minit sampai satu makanan. Ramai lagi orang yang tak dapat ni.

“Lepas itu dia cakap tengah nak goreng,” ujar Imran, masih bersabar.

Bagaimanapun, nampak seperti Imran ‘tiada rezeki’ pada hari itu kerana pekerja kedai datang semula kepadanya dan memberitahu terlepas pandang pesanannya, justeru dia digantikan dengan makanan lain.

‘Makanan ganti’ yang didakwa diberikan kepada Imran.

“Dah lama eh. Lepas tu dalam 15 minit macam itu tiba-tiba dia datang dan dia bagi ini (makanan gantian).

“Dia cakap sorry sebab terlepas pandang.

“Bungkus saja la kedai ni,” cerita Imran yang sewaktu itu sudah hilang sabar.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan penjelasan mengatakan pengusaha kedai itu berkemungkinan tidak menang tangan untuk menguruskan pesanan selepas kedainya tular.

Antara warga maya yang memberikan sokongan.

“Saya baru je pergi situ sebelum Kak Mia datang, elok je service, maybe sebab overwhelmed kot,” ujar seorang warga maya.

Kak Mia (@miaazahar) atau lebih senang disapa sebagai Kak Dino merupakan seorang pempengaruh di TikTok yang menjadi titik mula kepada kedai itu viral di media sosial.

Pemilik kedai itu @ChieraZailan50 juga membalas komen tersebut dan mengesahkan masalah yang sedang dihadapi pihaknya.

Thank you dear. Ya maybe waktu awak datang tu saya dan helper ada. Itu kerja jadi laju

“Mereka ni datang time staff saya cuti, banyak sebenarnya saya handle seorang.

Netizen memberikan nasihat supaya inslden sama tidak berulang.

“Saya handle semua seorang tiga hari berturut-turut,” katanya.

Warga maya lain juga turut memberikan sokongan kerana mereka memahami situasi yang sedang dialami peniaga tersebut.

Maybe terlalu ramai ni, sebab baru lepas viral kan. Masa tu la helper nak cuti ke apa. Itu jadi sebab mereka kalut. Saya pernah pergi makan everything okay.

“Kak Mia datang time tak ada orang tu laju je makanan sampai. Kena pandai adjust timing nak datang kedai viral. Kalau tidak memang ramai orang.

“Betul sis, semalam viral hari ini kena serbu. Terlalu mengejut owner nak prepare,” kata netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button