Hiburan

[Vide0] Air mata Zamani di konsert ‘terakhir’ sebelum dibed4h

“Saya minta maaf kerana tidak dapat kawal perasaan ini.”

Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung malam tadi.V

Zamani berkata, dia tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.

“Terima kasih yang hadir pada malam ini (malam tadi). Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.

“Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya melangkah,” katanya.

Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum melangkah ke dewan bed4h bagi peny4kit tulang belakang melengkung atau skoliosis awal November depan.

Kehadiran tetamu istimewa Datuk Aznil Nawawi turut memberikan kejutan apabila pengacara tersohor itu melelong beg jenama mewah miliknya yang berharga RM15,000 kepada mana-mana hadirin bagi membantu menampung kos raw4tan dan kegunaan Zamani selepas pembed4han.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya dapat kumpulkan RM122,000 untuk kos raw4tan dan pembed4han Zamani hanya dalam masa 32 jam dilancarkan.

“Malam ini (semalam), saya dengan berbesar hati mahu melelong beg tangan peribadi milik saya ini dengan harga lelongan RM15,000 bagi menambah kewangan buat Zamani selepas pembed4han nanti.

“Saya juga berbesar hati untuk sekali lagi melancarkan tabung yang hanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Dengan kuasa viral media sosial, ambillah gambar dan sebarkan, marilah kita sama-sama membantu,” katanya sebak.

Tidak sampai 20 minit, beg tersebut dibeli penyanyi nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris yang diundang membacakan doa pada konsert berkenaan.

Fitri berkata, dia sudah berbincang dengan isteri untuk membeli beg berkenaan dalam usaha meringankan beban Zamani.

“Bukan atas faktor jenama beg tersebut yang menjadi ukuran, sebaliknya, saya berniat membantu Zamani,” katanya.

Konsert Doa Buat Zamani Unplugged turut dihadiri barisan artis popular tanah air yang juga merupakan idola Zamani sendiri seperti Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof.

VIDEO;

 

Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui tahap kesihatannya semakin mer0sot tervk akib4t masalah skoliosis yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Zamani berkata, buat masa ini, dia berg4ntung h!dup dengan mengambil ub4t tahan s4kit setiap hari sementara menunggu proses pembed4han yang dijadualkan pada awal November depan.

KOMEN NETIZEN;

Sumber : KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button