Hiburan

Tawar diri jadi suami Puteri Sarah, pemuda ini buat ‘content’ sekadar suka-suka… “Takut nanti Syamsul marah”

TINDAKAN berani seorang pemuda menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menarik perhatian netizen di media sosial.

Menjelaskan tujuan dia menghasilkan content berkenaan, pemuda bernama Arif Izo ini memberitahu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu hanyalah sekadar mengikut trend semasa.

Kata Arif atau nama sebenarnya atau Nik Mohd Arif, 26, dia juga sama sekali tidak menyimpan perasaan terhadap isteri pengarah Syamsul Yusof itu.

Arif Izo akui video hanya sekadar mengikut trend terkini.

“Saya cuma ikut trend sahaja, jadi saya buat video itu suka-suka. Saya tak boleh nak simpan hati dekat Puteri Sarah Liyana lagi nanti Syamsul Yusof marah.

“Sejujurnya saya tak sangka video itu akan viral, awalnya saya agak akan ada yang komen sebabnya isu rumah tangga mereka tengah diperkatakan tapi saya tak sangka ia akan dapat perhatian orang ramai sebegini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Arif yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kizo ini mengakui sedikit bimbang sekiranya Syamsul memandang serius mengenai video itu dan mahu menemuinya.

“Secara terus terang saya takut sebenarnya. Takut sebab Puteri Sarah masih lagi isteri orang. Tapi sebelum saya buat video itu saya dah fikir terlebih dahulu dan bukan saya seorang yang buat jadi saya anggap ia sekadar konten sahaja” katanya lagi.

Mengulas mengenai sokongan orang ramai yang merestui hubungannya dengan Sarah, Arif menganggap ia sekadar usikan netizen, namun menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

Arif bagaimanapun memohon maaf sekiranya video yang tular itu tidak disenangi oleh segelintir pihak.

Secara terus terang saya takut sebenarnya. Takut sebab Puteri Sarah masih lagi isteri orang.

ARIF IZO

KOMPOSER/PEMAIN GITAR

“Benda-benda itu bukan bidang kuasa saya, saya serahkan kepada yang lebih berkuasa. Tapi saya minta maaf kalau video itu menyinggung mana-mana pihak, tapi tujuan saya buat video itu bukan untuk sakitkan hati mana-mana pihak bukan bagi orang benci saya hanya sekadar buat konten sahaja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Arif yang juga merupakan anak Izo gitaris XPDC sempat menitipkan doa buat pasangan itu semoga dipermudahkan segala urusan.

“Kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang terjadi dengan rumah tangga mereka. Simpati memang simpati tapi saya buat sekadar konten dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Arif Izo doakan yang baik buat Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

“Untuk Syamsul dan Puteri Sarah, saya doakan yang baik-baik buat mereka berdua harap semuanya akan baik. Tidak semestinya berpisah atau bersama itu sesuatu yang buruk. Harapnya mereka buat keputusan yang baik untuk rumah tangga mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video seorang model wanita dikenali sebagai Mexxrenn yang turut menyatakan hasrat untuk menjadi isteri ketiga Syamsul berikutan panas hati dengan tindakan pengarah itu berkahwin dengan Ira Kazar.

Profile Sebenar Lelaki Kacak yang Tawarkan Jadi Suami Baru Putri Sarah

Kumpulan dianggotai tiga anak muda, Mohd Asrul Hakimi atau Akeem (vokalis), Mohd Asrul Najmi (Jimmy-bass) dan Nik Mohd Arif (Arif-gitar) serta dikenali sebagai Payslip, mungkin masih bertatih untuk dikenali.

Bagaimanapun selepas single terbaru, Semangat Yang Hilang sering diputarkan di radio sejak dua bulan lalu, semakin ramai membuka mata sekali gus ada melabel mereka sebagai ‘XPDC Junior’. Masakan tidak, Semangat Yang Hilang adalah antara lagu ‘berhantu’ pernah dipopularkan kumpulan XPDC lebih dua dekad lalu.

Kata Jimmy, penerimaan pendengar terhadap lagu itu setakat ini sangat positif. Namun, ada juga yang komen kenapa lagu rock itu tiba-tiba sahaja bergenre pop.

“Sebenarnya kami buat ini sebab nak tunjukkan perbezaan antara kumpulan legenda itu dengan Payslip. Kami buat cara sendiri. Kalau sama sahaja tanpa perubahan, lebih baik tak perlu buat,” katanya.

Jejaka berusia 21 tahun itu akui walaupun projek khas menyanyikan semula lagu XPDC itu yang turut menampilkan Izo sebagai gitaris dianggap berjaya mendapat perhatian, ia bukan alasan mereka meneruskan projek sama pada masa depan.

Katanya, rakaman semula lagu itu dilakukan sebagai penghormatan kepada kumpulan legenda itu. Ditambah pula ramai melabelkan mereka sebagai XPDC Junior kerana adanya hubung kait antara Payslip dengan XPDC kerana Arif ialah anak pemain gitar XPDC, Izo (Mohd Zulkifly Nik Hussin) dan bekas anggota Payslip, Syazwan pula ialah anak pengurus XPDC, Yazid.

“Selain itu, kami rakam semula lagu itu sebab ada permintaan daripada syarikat rakaman Warner Music yang mahukan lagu itu disampaikan semula dengan susunan muzik lebih segar.

“Setakat itu sahaja projek lagu XPDC, selepas ini kami tak nak buat lagi. Kami tak mahu orang terus label kami sebagai XPDC Junior,” katanya.

Disebabkan mahu berdiri dengan identiti sendiri, kumpulan yang pernah muncul dengan single Syurga Sang Pecinta tiga tahun lalu mula mempersiapkan diri dengan beberapa lagu baru.

Arif berkata, dia menyiapkan beberapa material yang dianggap sesuai untuk mewakili identiti muzik mereka yang lebih kepada genre persis muzik dibawa kumpulan Coldplay dan Maroon 5.

Sumber: mStar, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button