Hiburan

Ikmal Amry kem4langan, kereta terbal1k dalam perjalanan ke Melaka, Ini keadaan mereka sekeluarga

“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali.”

Demikian kata pelakon Ikmal Amry yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka ketika dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung lewat petang tadi.

Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali ketika dihubungi berkata, dia bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami keceder44n teruk.

Isteri dan bayi perempuan Ikmal selamat.

“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terl4nggar sebuah kereta hingga hilang kawalan. 

“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey.  Tidak mengalami sebarang luk4, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

 

Menurut Ikmal, kemal4ngan terbabit adalah satu mimpi ng3ri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usia dia sekeluarga.

“Mimpi ng3ri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran. 

“Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang,” katanya.

Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Ikmal berkongsi beberapa keping gambar dan video menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button