Hiburan

‘Tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga Allah dan agama sudah selesai’

TUGAS dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendekatkan anak-anak kepada Allah dan agama sudah selesai.

Itulah antara perkara yang dikongsi Nordiana Mohd Naim mengenai suaminya, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad ketika ditemui di kediamannya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor hari ini.

Nordiana atau lebih dikenali sebagai Ina Naim berkata, suaminya meluahkan rasa syukur kerana dapat memberi didikan agama yang sepatutnya kepada anak-anak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Ina lagi,  dia juga besyukur kerana Allah mempermudahkan urusan pengebumian suaminya apabila dapat diselesaikan lebih awal daripada apa yang dirancang.

“Alhamdulillah, rancang pukul 10 kebumi tapi dalam pukul 9 pagi sudah selamat dikebumikan. Allah mudahkan daripada hembus nafas terakhir sampailah pagi ini, alhamdulillah.

“Bila kami sembang enam beranak dia akan pesan kepada anak-anak, abang jaga ibu ayah, ibu jaga anak-anak. Katanya, alhamdulillah tanggungjawab sebagai ayah sudah selesai kenalkan kepada Allah, al-Quran, hadis kena pegang kuat-kuat.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, buat masa ini dia menghabiskan tempoh idah di rumah ibu bapanya di Felcra Sungai Ara.

Katanya dia juga masih belum memikirkan perancangan untuk masa hadapan dan akan fokus kepada tempoh idah  terlebih dahulu.

“Saya akan habiskan iddah di rumah orang tua, selepas itu saya akan fikirkan apa rancangan untuk keluarga. Saya percaya Allah akan mudahkan urusan saya dan anak-anak,” ujarnya. 

Hasrat Allahyarham Suhaimi Dimandi, Disolatkan Anak Tercapai

HASRAT bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang mahu jenazahnya dimandikan, disolatkan anak sendiri tertunai.

Anak sulung Suhaimi, Ehmad Hadie Elfardie, 15, berkata, bapanya sempat berpesan kepadanya sebelum keadaan kesihatan semakin merosot.

Sebagai anak lelaki sulung, Ehmad Hadie juga akan membantu ibu menjaga dan membesarkan adik-beradiknya selepas ini.

“Antara pesanan ayah sebelum menlnggal dunia, dia minta agar kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji.

“Ayah juga pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah.. alhamdulillah semua itu kita sudah selesaikan sudah buat,” katanya ketika ditemui media di rumah neneknya di Felcra Sungai Ara, di sini hari ini.

Ehmad Hadie berkata, dia menerima pemergian bapanya itu sebagai qada dan qadar yang ditentukan Tuhan serta reda dengan apa berlaku.

Ditanya apakah kenangan terindah bersama bapanya itu, katanya baginya setiap hari bersama bapanya adalah kenangan terbaik dalam hidup.

“Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” katanya lagi.

Mohd. Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.40 malam semalam di HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru. – HIBGLAM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button