Hiburan

Sedar Lak0nan Pernah ‘Kayu’, Siti Khadijah Masuk Kelas Lakonan; “Bila Dah Ada Duit, Lebih Baik Saya Invest Dengan…”

Menyedari lakonan agak kayu pada permulaan kerjaya, pelakon yang kian meningkat naik Siti Khadijah mengambil inisiatif untuk masuk beberapa kelas berlakon.

Menurut pelakon drama Ash & Aish ini, dia pernah menyertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh seniwati Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar.

Siti Khadijah juga memberitahu dia sanggup berhabis duit untuk menambah ilmu selain mempertingkatkan lagi mutu lakonannya.

“Saya memang ada masuk beberapa kelas berlakon untuk tambah ilmu selain nak improve lagi lakonan saya. Kelas lakonan itu memang inisiatif saya sendiri.

“Sebelum ini, saya ada masuk kelas Fauziah Nawi dan baru-baru ini saya sertai kelas berlakon Fatimah Abu Bakar. Bagi saya, ilmu itu mahal tapi demi nak belajar.

“Ada juga pengarah cadangkan masuk beberapa kelas lakonan. Sejujurnya saya akui lakonan saya dahulu memang kayu sebab tak ada berguru dengan sesiapa.

“Tapi bila dah ada duit ini, lebih baik saya invest dengan pergi kelas lakonan,” katanya kepada Gempak.

KOMEN NETIZEN:

10 Fakta Siti Khadijah Halim, Pelakon Gandingan Aniq Suhair Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

1. Siti Khadijah merupakan peminat kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

2. Mudah didekati sesiapa sahaja kerana personalitinya yang gemar berbual. Justeru, tidak sukar untuknya menghayati watak Aira dalam ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ kerana peranan itu tidak terlalu berbeza dengan dirinya yang banyak bercakap.

Siti Khadijah mempunyai empat orang adik beradik.

3. Siti menganggap dia hanya menumpang populariti isu wajah disamakan dengan aktres kontroversi, Siti Hariesa, jadi dia tidak terkesan. Bagaimanapun, katanya, Siti Hariesa selaku kawan baiknya dalam ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ mempunyai susuk tubuh yang lebih langsing dan tinggi daripadanya.

4. Bakatnya pernah mengundang ketidakyakinan seorang pengarah untuk mendapatkan watak utama dalam siri Ash dan Aish kerana masih dianggap ‘hijau’. Malah, dia dikhabarkan akan digantikan dengan heroin lain, tetapi pengarah itu akhirnya menarik diri daripada projek bersiri tersebut.

Ash dan Aish turut dibintangi oleh Anna Jobling dan Meerqeen.

5. Siti memegang watak utama buat pertama kali dalam Ash and Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali. Penampilannya sebagai teraju utama juga boleh dilihat dalam telefilem Cerai.

6. Dia mengidamkan peluang berlakon dalam karya berkonsepkan ‘psycho-thriller’, juga mahu ditawarkan watak yang bermain dengan emosi dan mental.

Sekali Lagi Cinta Kembali juga berada di platform penstriman online, IQIYI.

7. Pernah bekerja dengan Aniq Suhair sebelum ini, Siti berkata gandingan mereka dalam Sekali Lagi Cinta Kembali adalah mudah. Tetapi watak mereka yang tidak ubah seperti anjing dan kucing serupa dengan tingkah laku sebenar mereka di luar!

8. Siti mahu mengekalkan nama penuhnya sebagai nama komersial kerana ingin membanggakan bapanya.

9. Dia ingin memakai penampilan yang sopan dan tidak berlebihan sesuai dengan nama isteri Rasulullah SAW yang disandang.

10. Siri lain yang pernah dibintanginya seperti Marry Me Senorita, The Maid, Dukun Diva, Rumah Siti Khadijah, Dia Yang Ku Cinta, Bidadari Salju dan Isolasi, termasuk telefilem Pengantin 3 Hari serta filem Rompak.

Sumber: Gempak, Iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button