Hiburan

“Tiba-tiba nak dekat, saya tertanya-tanya motif Iqbal” – Wafariena

Pelakon Wafariena Roslan mengakui tidak selesa dikaitkan dengan pengakuan usahawan, Iqbal Zulkefli yang secara terbuka, tiba-tiba mendedahkan mahu mendekati dirinya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain itu bimbang perkara tersebut boleh mengundang spekulasi liar memandangkan mereka baru menjayakan penggambaran sebuah telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“ Saya tertanya-tanya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk Nami dan Along Cham,” jelas Wafariena.

Baru pulih daripada kecederaan akibat dari insiden di lokasi penggambaran baru-baru ini, Wafariena juga enggan pendekatan Iqbal tersebut  mengaitkan dirinya dengan publisiti murahan atau sengaja mahu menarik perhatian lelaki di tempat kerja.

“Memang tak seronok dengar spekulasi begini sebab saya ke Kelantan untuk cari rezeki dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya selepas insiden kecederaan di sebuah set lain.

“Nanti disangka saya masuk set sebab nak tarik perhatian lelaki atau berpakat menjaja cerita kosong semata-mata mencari publisiti murahan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Semalam Iqbal yang pernah mencetuskan kontroversi cinta dengan usahawan sensadi, Datuk Seri Vida berkongsi gambar dengan aktres berusia 27 tahun itu bersama kapsyen “Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?”

Perkongsiannya terus mengundang reaksi netizen yang meninggalkan komen bahawa mereka sebagai pasangan sepadan.

Bahkan tindakan Iqbal yang menjawab usikan ramai dengan memuat naik hantaran berasingan pula seakan-akan menghangatkan situasi.

Menurut Iqbal, dia tidak sempat bertanyakan pelakon jelita itu sama ada dia sudah berpunya atau tidak, namun mengakui tidak mahu mudah untuk mereka sampai ke tahap bercinta sebaliknya sekadar mahu bersahabat.

Terdahulu, Wafa yang juga bintang 7 Hari Mencintaiku itu memuatnaik video pendek dalam Instagram seperti mengingatkan seseorang supaya jangan mengaitkannya dengan publisiti murahan.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button