“Pergi dah mknan sdp2” – Anju rilek kemas meja dipuji, sejarah ibu pernah ajar Gordon Ramsay juga ‘diselidik’ ramai
Pelakon dan Instafamous, Anju atau Zarina Anjoulie sering menjadi sorotan ramai peminatnya. Terbaharu, Anju nampaknya menarik perhatian warganet di platform popular ini pula selepas satu muat naik seorang individu yang berkongsikan sikapnya yang tidak dilihat di media sosial.
Menerusi rakaman yang dilakukan oleh individu berkenaan juga membuatkan warganet kagum dengan sikap Anju yang rilek sahaja membersihkan meja makan dan membantu pekerja. ‘Baru tau ni kedai sis Anju, seriously Anju memang friendly dan humble weh,’ pujinya tentang sikap Anju.
Video:
sis anju natural cantik wehh, tempat pun cantik @zarinaanjoulie_ #auntyainisgardencafe #fyp #fypシ#jjcmmalaysia
Dalam hantaran video tersebut, Anju yang dilihat tidak perasan dirinya dirakam itu menunjukkan dia begitu humble membersihkan meja makan. Difahamkan ia adalah restoran milik ibunya. Untuk info, ibu Anju yang dikenali sebagai Norzaini Abdul Hamid yang merupakan seorang chef terkenal dan memiliki restoran, Aunty Aini’s Garden Cafe, di Nilai, Negeri Sembilan.
Disebabkan video Anju tersebut tular mendapat perhatian dengan lebih 91,000 tanda suka ditinggalkan, ada juga yang teringat akan seorang chef terkenal, Gordon Ramsay yang dikatakan pernah diajar oleh ibu Anju masak rendang.
Video:
Replying to @zaffiqzamzuri Done AGAK AGAK mak anju😂@gordonramsayofficial #gordonramsaymakanju #gordonramsaybelajarmasakrendang #auntyainisgardencafe
Perkongsian semula oleh akaun dakrog tersebut juga menarik tumpuan ramai untuk meninggalkan pelbagai respon diruangan komen yang mana sikap Anju juga dipuji ramai.
Mak dia tu bukan biashe biashe, power. Gordon Ramsay pun ikut
Sumber: HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda