Hiburan

“Kalau Tuhan izinkan” – Kenji Sawahi sedang dalami Islam, berguru dengan ‘Pak Haji’…

PELAKON Kenji Sawahi memberitahu dia kini sedang mempelajari agama Islam dengan seorang sahabat baik yang juga merupakan seorang ustaz.

Kata Kenji atau nama sebenarnya Lim Boon Wah, 61, dia masih belum memeluk Islam namun tidak menolak perkara itu jika diizinkan oleh Tuhan.

“Belum, saya masih sedang belajar, kalau tuhan izinkan insyaAllah.

“Saya ada kawan baik, saya panggil dia pak haji dan dia dah bersara, kalau tak faham tentang Islam saya akan tanya dia,” katanya kepada mStar.

Kenji tidak menolak untuk memeluk Islam sekiranya diizinkan Tuhan.

Kenji berkongsi tentang perkara berkenaan ketika dijumpai di Tayangan Episod Akhir Drama Layang-Layang Perkahwinan di Tenera Hotel, Bangi, Selangor pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Kenji berkata keluarganya juga tiada masalah jika suatu hari nanti dia memilih untuk menukar agamanya itu.

“Keluarga tak cakap apa, mereka ikut sahaja. Macam dulu saya bujang mereka asyik tanya bila nak kahwin.

“Sampai ke hari ini mereka senyap, mereka segan sebab bertahun-tahun saya kata jodoh tiada, kalau jodoh dah sampai dia akan sampai,” ujarnya.

Dibesarkan oleh datuk dan nenek di Kangar, Perlis, Kenji berkata mungkin faktor tinggal diperkampungan orang Melayu membuatkan dia tertarik untuk mengenali Islam.

“Saya membesar dengan atuk dan nenek, ibu bapa kena merantau sebab kerja. Jadi saya banyak bergaul dengan kaum Siam dan Melayu dari kecil lagi.

“Tapi mungkin sebab orang sekeliling saya ditambah pula saya sendiri suka tengok orang solat dan adat Melayu yang bersopan santun,” katanya.

Kenji tertarik dengan Islam mungkin kerana dibesarkan di Kangar, Perlis.

Sementara itu, Kenji memberitahu dia mula mempelajari mengenai Islam sekitar lima tahun lalu.

“Saya mula belajar sekitar lima tahun lalu, bila saya campur dengan pak haji ni, dia selalu cerita perkara yang saya tak tahu, lalu hati saya pun tersentuh mendengarnya.

“Dia ada ilmu yang baharu untuk saya belajar, kadang-kadang saya ajak dia berjumpa untuk bercerita perkara yang saya tak tahu sebab saya sendiri nak tahu lebih dalam mengenai Islam,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kenji merupakan salah seorang pelakon drama Layang-Layang perkahwinan bersama artis lain seperti Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Alya Iman, Arash Mohd, Nina Juren dan ramai lagi.

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button