Hiburan

Terlalu Sedlh Dengan Watak Yang Dibawa, Sherry Ibrahim Terpksa “Paused” Scene Gugvrkan Kandungan, Sebab Rasa Sesuatu Pada Dirinya

Semua sedia maklum, lakonan Sherry Ibrahim dalam Teduhan Kasih kasih sebelum ini telah berjaya meninggalkan impak kepada peminat dan penonton yang menonton drama tersebut. Terlibat Dalam Drama.

Sherry yang kini sedang giat menjalankan perniagaan sendiri mengakui bahawa dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang terlebih dulu mengangkat namanya kerana padanya dua-dua sama penting.

Kini Sherry telah terlibat dalam satu drama, Wanita Milik Tuan Putra melalui slot Akasia di TV3 jam 7 petang.

Dalam drama ini, Sherry (Tania) telah diberikan tugas untuk memegang watak antagonis dimana dia merupakan seorang wanita yang cuba untuk merosakkan rumah tangga antara Putra (Hisyam Hamid) dan Bunga (Intan Najuwa).

Berkongsi Di Sebalik Tabir. Di Instagram miliknya, dia ada berkongsikan mengenai disebalik tabir pembikinan drama tersebut dan scene terbaru yang dilakonkannya adalah ketika dia meminta Bunga untuk menggugvrkan kandungan.

“The only scene yang tak perlu Tania rase sedih tapi the only scene after i pushed Bunga untuk gugurkan kandungan tu i was in tears .. tu yg i had to paused my dialogue for a few secs sebab tibe2 rase sebak .. terfikir

“tergamak nye manusia mcm Tania ni

Sorry my dear @intannajuwa , i hope i didn’t pushed you too hard 

“Love you baby girl

“Ya Allah jauhkan lah sifat ini dalam diri ku

“A few more episodes to go.

“Tengok sampai episod 28 yang terakhir.

Satu-satunya scene yang tidak perlu Tania rasa sedih tetapi selepas scene saya tolak Bunga untuk gugurkan kandungan itu saya dalam kesedihan. Sebab itu saya terpaksa berhenti seketika dialog saya sebab rasa sebak.

Dia menyatakan dalam scene lakonan tersebut, dia terpaksa memberhentikan seketika dialog kerana berasa sebak memikirkan ada manusia yang sangup dan tergamak melakukan perkara sama seperti dalam watak yang dilakonkannya. Minta Dijauhkan.

Bukan itu sahaja, Sherry juga turut berdoa agar dirinya dijauhkan daripada mempunyai sifat seperti watak yang dilakonkan tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat pujian netizen dan ramai yang bangga dan memuji Sherry kerana berjaya membawa watak antogis dalam drama tersebut.

Saya tidak sempurna, masih belajar agama – Sherry Ibrahim

TIBA-TIBA sahaja, tular gambar terbaharu pelakon, Sherry Ibrahim yang kini dikatakan sudah berniqab. Apatah lagi, swafoto dia bersama pengacara, Neelofa ketika menghadiri majlis ilmu turut bertebaran di media sosial.

Lantas ramai yang mula bertanya, benarkah Sherry sudah berniqab? Bagaimana pula dengan susunan kerjaya seninya selepas ini? Adakah dia akan memperlahankan langkah?

Ketawa manja tatkala diajukan soalan, Sherry punya jawapan sendiri. Jawablah! mendapatkan kebenaran. Sherry, jawablah!

J: Ramai yang teruja melihat swafoto Sherry bersama Neelofa, baru-baru ini. Apatah lagi, Sherry berniqab sama. Adakah memang itu imej baharu Sherry?

S: Sebenarnya, saya belum berniqab. Cuma ketika itu, saya kali pertama menghadiri majlis ilmu anjuran Neelofa. Banyak kali dia ajak, cuma belum berkesempatan.

Ketika bersiap-siap, saya buka kotak abaya yang dipakai dan ada disertakan sekali purdah. Jadi alang-alang, saya pakai. Segan juga sebenarnya. Kita pertama kali hadir dan tempat itu memang ramai orang.

J: Apabila gambar itu diperkatakan, ramai yang mendoakan agar Sherry kekal istiqamah dalam memakai niqab? Komen sikit?

S: Saya tidak muat naik gambar apa-apa malam itu. Cuma, ada beberapa gambar yang dimuat naik rakan selebriti yang hadir. Ramai pula warganet yang tertanya-tanya. Bila tahu itu saya, mereka teruja.

Alhamdulillah, memang saya dapat banyak pesanan peribadi dan komen di media sosial yang mendoakan supaya saya kekal istiqamah. Terima kasih. Saya gembira dengan penerimaan warganet.

Cuma perlu jelaskan, saya tidak berniqab. Takut nanti ada yang salah faham pula. Di Instagram pakai purdah, jumpa di luar tidak pula. Keluar pula cerita lain.

J: Sekarang ini, bila ada artis yang menunjukkan perubahan ke arah lebih baik, ada segelintir netizen mengharapkan agar seseorang itu terus sempurna. Kalau buat silap sikit, terus dikecam. Pendapat Sherry?

S: Saya selesa menjadi diri sendiri. Pada masa sama, saya aminkan doa mereka. Perkara yang baik dan boleh dijadikan pedoman, saya terima dengan hati terbuka.

Saya ini manusia biasa, jauh dari kesempurnaan. Banyak perkara yang saya sedang belajar. Ada yang perlu saya titikberatkan. Saya suka melihat sesuatu dari sudut positif. Doa yang baik-baik.

J: Tertekan tak apabila berhadapan situasi itu? Apabila sentiasa ada mata-mata yang memerhati dan mencari salah Sherry.

S: Tertekan itu tidak, cuma untuk memberi pemahaman kepada segelintir netizen itu sukar. Ada kala saya mengenakan pakaian yang agak ketat untuk bersenam, mereka mula mengecam dengan dahsyat sekali.

Pakaian itu adalah keselesaan saya dan masih menutup aurat. Saya sedang belajar untuk mencari solusi terbaik. Macam saya cakap tadi, saya tidak sempurna. Beri masa untuk kita saling menambah ilmu.

Sumber : Murai./limauaaamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button