“Saya tak kisah orang nak kec4m” – Zara Zya mengaku ‘cucuk’ muka, bibir ada sebab tersendiri
KUALA LUMPUR: Aktres popular, Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibir selepas diasak dengan pelbagai soalan berhubung rupa paras kelihatan berubah sejak kebelakangan ini.
Enggan menjadikan perubahan wajah sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkannya mengambil suntikan.
Malah, katanya, dia juga tidak menolak dakwaan ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan menambahbaik wajah.
Namun, katanya, ia bukanlah proses rumit kerana menjelaskan suntikan lebih kepada vitamin sahaja.
“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia semakin meningkat, jadi timbul kedutan dan saya buat sedikit suntikan.
“Tetapi, ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.
“Jika dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tetapi, ia lebih kepada vitamin.
“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang. Apabila tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi.
Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah jika ada netizen tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya kerana menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.
“Saya tidak kisah dan terpulanglah. Lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat, namun terpulang pendapat masing-masing.
“Mungkin ada orang tak ditawarkan peluang seperti ini, tetapi bila ada peluang, mungkin dia juga nak mencuba.
“Dalam media sosial, orang boleh cakap apa sahaja. Nak buat atau tidak, terpulang. Saya adalah seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan.
“Apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti. Lagipun, apa sahaja yang saya buat tetap ada kec4man dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang dimuat naik saya rasa tiada apa-apa, tetapi mata netizen tajam,” ujarnya.
Bagi Zara, dia tak kisah apa orang nak cakap, selagi perkara itu baik untuk dirinya.
“Saya tak kisah orang nak kec4m, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.
Terdahulu, Zara dan peneraju industri kosmetik organik, Datuk Alha Alfa hadir bersama pada anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Sumber: BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.