Hiburan

Gugur air mata Izzue Islam fikirkan isteri, janji mahu m4ti bersama -“Saya mahu dia sentiasa ada depan mata”

PELAKON dan pengacara Izzue Islam tidak dapat menahan air mata tatkala mengenangkan jasa isterinya iaitu Awin Nurin sebagai orang yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seni.

Kata Izzue atau Muhamamd Izzul Islam Mazlan, 34, dia tidak mungkin menjadi terkenal seperti hari ini tanpa bantuan Awin yang juga merupakan pengurusnya.

Malah pasangan ini berjanji dan berharap terus menjalani hidup bersama sehingga ke akhir hayat.

Izzue tidak sanggup hiudp tanpa isteri.

“Saya tidak boleh bayangkan kalau dia tiada. Kami pernah berborak dan saya kata kepadanya bolehkah kita m4ti bersama-sama nanti.

“Tanpa isteri, anda semua mungkin tidak kenal Izzue Islam seperti yang sekarang ini. Saya juga tidak pernah bayangkan memiliki kehidupan begini sekarang,” katanya.

Izzue berkata demikian ketika sesi temu bual dalam podcast bersama pelakon Datuk Rosyam Nor yang di siarkan di saluran Suhan Channel.

Dia juga tidak dapat menahan air mata tatkata Rosyam sendiri bertanya soalan sekiranya bersedia jika suatu hari kehilangan isteri tercinta.

Menurut Izzue juga ketiadaan isteri di sisi ketika bekerja memboleh membuatkan dia hilang fokus.

“Saya pernah terlibat dalam penggambaran dan dia tidak ikut sekali disebabkan demam. Ketika itu saya hilang arah.

Awin menguruskan kerjaya seni Izzue sejak awal bergelar artis.

“Sebab itu sampai sekarang saya akan bawa di ke mana-mana sahaja kami pergi. Saya mahu dia sentiasa ada depan mata. Selagi saya hidup saya mahu dia ada di depan saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Izzue juga pernah menciptakan lagu istimewa buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita itu.

Untuk rekod Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Sumber :mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button