Viral

Terima Banyak Hadiah Motosikal , Derrick Gan Rancang Mahu Serah Kepada Golongan Yang Lebih Memerlukan

Kisah penyokong Harimau Malaysia iaitu Derrick Gan yang tular ketika menonton perlawanan bola sepak Piala Asia di Qatar pada 25 Januari lalu menjadi inspirasi ramai orang.

Bukan sekadar sanggup menjual motosikal kesayangan miliknya demi menyaksikan pasukan Malaysia menentang Korea Selatan tetapi ramai kagum dengan semangat kesukanan dan cinta negara ditunjukkan Derrick.

Tidak menyangka kisahnya tular, Derrick bersyukur apabila ramai pihak tampil mahu menghadiahkan motosikal baharu buatnya sebagai tanda menghargai semangat ditunjukkan.

Bagaimanapun jelas Derrick, dia tidak berniat mengambil kesemua hadiah untuk diri sendiri sebaliknya mahu menghadiahkan motosikal diterima kepada pihak lebih memerlukan.

Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan. – Astro AWANI

“Salah satu ideanya menghadiahkan motosikal kepada golongan memerlukan.

“Saya akan berbincang dengan pihak menawarkan motosikal kepada saya dan akan lakukan sesuatu,” katanya .

Terdahulu, penyerang kebangsaan, Faisal Halim turut menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada pemain ke-12 Harimau Malaya yang mencetuskan fenomena dan semangat patriotisme di bumi Qatar baru-baru ini.

Pada masa sama, Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada Derrick kerana sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia dekat Doha, Qatar.

“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast Active, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu.

“Jadi saya dah niat dengan Blast Active nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” katanya.

Kisah disebalik pemain ke-12 ini, Derrick Gan sanggup menjual motosikalnya untuk ke Qatar demi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Menjadi sensasi apabila Derrick Gan tular video tangisannya yang terlalu gembira dengan gol penyamaan 3-3 Malaysia menentang Korea Selatan khamis lalu.

Sumber:Mstar, ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button