[Vide0] Beg My Little Pony idaman tinggal satu di rak, anak tak berani minta beli! Dua hari kemudian menangis buka paper bag
REAKSI seorang budak perempuan yang mengalirkan air mata saat menerima sebuah beg galas idaman mengundang sebak netizen.
Malah, kanak-kanak ini juga kelihatan sangat gembira serta menghargai pemberian apabila dia memeluk erat hadiah itu sejurus dikeluarkan dari beg kertas.
Menurut ibunya, Nurshahirah Kamaruddin, anaknya yang dipanggil ‘kakak’ itu melihat beg berkenaan ketika pergi ke sebuah kedai serbaneka DIY (Do It Yourself) bersama bapanya.
Menurut Nurshahirah, pada masa itu sememangnya kakak mahu memiliki beg tersebut tetapi tidak minta dibelikan.
Lebih merisaukannya, barang tersebut hanya tinggal satu unit terakhir sahaja di rak.
“Cerita dua hari lepas kakak dan papa pergi DIY.
“Si kakak cakap Wah cantiknya beg Pony (watak animasi kartun My Little Pony) ni. Tapi ada satu saja. Kalau orang lain beli habislah.
“Kakak ni kalau nak apa-apa dia cakap kias-kias macam tu saja,” ujar Nurshahirah.
Nurshahirah berkata, suaminya memang sudah terapkan dalam diri anaknya bahawa bukan semua keinginan patut dipenuhi.
Memahami apa yang diajar bapanya, maka si kecil ini tidak memaksa untuk beg itu dibeli.
“Papa sengaja tak beli nak ajar anak tak semua benda yang dia nak terus dapat.
“Tunggu masa sesuai, insyaAllah papa belikan.
“Syukur sangat dapat anak sulung yang memahami susah orang tua,” ujarnya lagi.
Senyuman dia tu menggambarkan yang dia betul-betul happy dapat hadiah yang dia nak tu.
NETIZEN
Menerusi video dimuat naik berdurasi 39 saat itu, kakak turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya sebagai tanda menghargai hadiah diterima.
Dalam pada itu, dia juga dilihat mengangguk kepala tanda menyukai pemberian bapanya yang tidak disangka-sangka ini.
Rata-rata netizen turut mengakui sedih setelah melihat video tersebut yang meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan.
“Anak sulung biasanya susah untuk meminta-minta. Dia lebih utamakan adik-adik dia dahulu kalau ada.
Komen netizen di TikTok.
“Senyuman dia tu menggambarkan yang dia betul-betul happy dapat hadiah yang dia nak tu.
“Jadi anak yang solehah ye kakak. Doakan uncle ada anak. 13 tahun menunggu,” ujar beberapa netizen di ruangan komen.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda