Hiburan

“Tengah melepak kedai mamak” – Berlaku per4ng mulut, Fyna Jebat did4kwa kena ser4ng madunya di kedai mamak

BELUM reda isu bergelar isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin Hassan, penyanyi Fyna Jebat terpalit pula dengan kontr0versi selepas didakwa terlibat dengan perg4duhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an berkenaan pada pagi Isnin.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam.

Sumber memberitahu mStar, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kes4t kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

Fyna mengakui sudah berkahwin dengan Zainal.

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena ser4ng dengan isteri pertama.

“Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kes4t sebelum kedua-duanya berper4ng mulut,” kata sumber itu kepada mStar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim kepada Majoritipada Isnin mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal yang baharu sahaja berkahwin dengan selebriti.

Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Fyna enggan mengulas lanjut tentang perkahwinannya.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sebelum ini Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button