Hiburan

“Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini” – Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman

TEKA-TEKI status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab apabila suaminya iaitu Raf Yaakob mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah.

Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk bercerai kerana tiada persefahaman.

“Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik,” katanya.

Pasangan ini kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak mereka.

Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.

Malah dalam rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan perceraian ini adalah jalan terbaik buat mereka.

“Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak.

“Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut.

“Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami,” ujar.

Spekulasi keretakan rumah tangga Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button