Hiburan

“Seb4k mak cik dengar Hamzah sebut nama ayah” – Seb4k tengok anak Abam Bocey susun foto arwh dalam dompet

PEMERGIAN Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan masih lagi dirasai ahli keluarga meskipun sudah dua tahun arwh menghadap Ilahi.

Paling dirasai kesedihan itu sudah tentu isteri dan anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia tiga tahun.

Terbaharu, balu kepada Abam iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi rakaman video di Instagram menunjukkan gelagat Uthman menyusun gambar bapanya di dalam dompet milik Hidayah.

Hamzah dilihat menyanyi gembira memanggil ‘ayah’ sambil menyusun gambar arwh seolah-olah belum memahami apa yang sedang berlaku.

Hamzah kini dibesarkan oleh ibunya, Hidayah.

“Hari ini Hamzah susun gambar ayah dekat wallet ibu, pandai anak ibu ni,” tulis Hidayah di ruangan kapsyen.

Video tersebut telah mengundang reaksi seb4k netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Hamzah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

“Sebak mak cik dengar Hamzah sebut nama ayah. Ayah Hamzah ramai orang sayang, suka berjenaka dan baik orangnya. Hamzah jaga ibu baik-baik ya. Semoga jadi anak soleh ya.

“Semoga menjadi anak soleh. Al-Fatihah buat abam.

TONTON VIDEO PILIHAN!

“Bijak Hamzah. Semoga menjadi anak soleh ibu ayah.

“Moga Hamzah membesar dengan sihat dan bahagia. Sentiasa dijauhkan daripada perkara yang tidak baik,” tulis netizen.

Untuk info, Abam Bocey melangsungkan perkahwinan dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Abam men1ngg4l dun1a pada 10 Februari 2020 akibat demam panas di usia 32 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button