Hiburan

“Takkan nak pukul, itu dayus!”… Haqiem Rusli sedang pujuk isteri untuk kembali bertudung

GARA-GARA tidak lagi bertudung, isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kecaman hebat netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Menjawab mengenai perkara itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, menyedari kesilapan dilakukan oleh isterinya itu dan berkata dia kini sedang memujuk isterinya untuk kembali berhijab.

“Saya akui perkara itu adalah salah dan kelemahan saya sebagai suami, lagipun sudah menegur Sofea (isteri) mungkin cara saya agak lembut.

“Saya tak boleh nak paksa dan marah pula nanti jadi suami dayus, saya terima segala teguran dan komen netizen, netizen boleh saja nak DM kami beri nasihat… yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang, tak puas hati cakap depan saja.

“Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Haqiem kini sedang mempromosikan single terbaharunya berjudul Disebalik Rahsia dan bakal muncul dalam telefilem terbaharu bertajuk Gitu menampilkan barisan pelakon seperti Tajul, Afieq Shazwan, Zak Zakwan yang ditayangkan menerusi platform Youtube FMC Music.

Video:

Isteri Haqiem Rusli tampil berselendang, padam semua gambar bertudung di Instagram

ISTERI kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat sudah tidak berhijab dan hanya dilihat mengenakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Apa yang lebih mengejutkan, Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, turut memadam kebanyakan foto di Instagram miliknya termasuk foto bersama suami dan hanya meninggalkan gambar tanpa menutup aurat.

Anis menggayakan selendang yang memperlihatkan bahagian rambutnya.

Menerusi foto Hari Raya Aidilfitri yang dimuat naik, Anis hanya menulis kapsyen ‘SHR!!’ yang membawa maksud Selamat Hari Raya.

Bagaimanapun, Anis menutup ruangan komen dan tinjauan mStar mendapati suami isteri itu masih saling mengikuti di media sosial.

Untuk rekod, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, mendirikan rumah tangga bersama Anis pada 19 November 2021 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button