Hiburan

Tak sebut nama ayah..Ade kisah di sebaliknya baru ni dikongsi

Tak sebut nama ayah..Ade kisah di sebalik nya baru ni dikongsi kan oleh…[????]video full ????

Video: 

 

Terdahulu, pelakon Bell Ngasri memohon maaf kerana tidak dapatkan menunaikan manifesto yang ‘dijanjikan’ sebelum ini selepas dinobat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH 35) pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak menyangka gurauan untuk belanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan dijadikan sebagai perkara serius. Tak sangka orang ambil serius.

“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.

“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.

“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Dr. Malar Santhi mengingatkan pelakon yang sinonim dengan watak Barkoba itu agar tidak memungkir janji sekali gus dapat menunaikan manifesto terrsebut.

“Bell Ngasri jangan lupa belanja Dr. Malar makan ‘lunch’ di bulan Ramadan. #pengundisetia.

“Sesiapa yang kenal dia, tolong ingatkan ya. Saya ini setiap hari gigih undi demi belanja yang dia janjikan itu. Tak baik mungkir janji,” tulis doktor perubatan berbangsa India itu.

Sementara itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri hanya mampu berjanji untuk terus menghiburkan orang ramai di masa akan datang.

“Saya meminta maaf, namun saya bukan berkecimpung dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang hiburan dan apa yang saya buat untuk menghiburkan anda semua saja.

“Tidak ada pun saya terfikir untuk merealisasikan apa yang dijanjikan dengan betul. Namun saya menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk membuat lawak,” ujarnya lagi.

Sumber : Ohmy media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button