Hiburan

Fuad Rahman dituduh belum berubah, Tom pertahan suami – “Orang luar hanya tahu bercakap…”

NAMPAKNYA kebahagiaan dikecapi pasangan Tom dan Fuad Rahman tidak disenangi segelintir pihak sehingga tergamak menuduh penyanyi kelahiran Singapura itu masih belum berubah.

Tampil mempertahankan suami tercinta, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, sepanjang berkahwin dia dapat melihat banyak perubahan dalam diri Fuad bukan sahaja sebagai lelaki tetapi suami dan bapa.

Disebabkan itu, Tom tidak peduli jika ada menganggap dia sudah membuat pilihan salah apabila memutuskan berkahwin dengan Fuad.

Tom kongsi proses Fuad ingin berubah.

“Biarlah orang nak menilai abang tak akan dapat berubah, pilihan abang buat Tom jadi isteri tak sesuai dan abang tak akan berubah bila dengan Tom.

“Yang penting tom tahu abang kuat. Abang dah berubah. Abang suami yang baik, bapa yang baik.

“Orang luar tahu bercakap, Tom yang serumah dengan abang. Tom tahu abang dah berubah,” katanya.

Tom berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad dengan memaparkan foto suaminya sedang menunaikan solat.

Malah dalam hantaran tersebut, Tom turut berkongsi beberapa komen negatif melibatkan suaminya.

Dalam pada itu, Tom mengakui dia bersimpati dengan suaminya yang sering mangsa kritikan dan hukuman netizen.

Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga di Batam pada tahun lalu.

Namun dia berharap suaminya terus kuat dan bersabar dengan setiap ujian yang mendatang.

“Kasihan kadang-kadang tengok abang. Orang asyik judge abang. Sedangkan dia orang tak tahu Abang orang yang paling baik dan bertanggungjawab Tom pernah jumpa.

“Harap suami Tom banyak bersabar. Tom tahu abang kuat,” luahnya lagi.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button