Hiburan

“Nak makan ubat demam pun takut…” – Lima tahun ibu jalani dialisis buat Scha Alyahya cerewet bab makan suplemen

PELAKON dan pengacara Scha Alyahya sangat berhati-hati sebelum mengambil sebarang makanan tambahan atau suplemen kerana bimbang akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Apatah lagi kata Scha, 39, melihat keadaan ibunya yang sudah lima tahun menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang membuatkan dia bersikap cerewet.

“Saya memang takut nak ambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen, lebih-lebih lagi melihat keadaan ibu saya yang sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis.

“Saya sangat menjaga setiap apa yang masuk dalam badan saya. Nak makan ubat demam pun takut, apatah lagi nak ambil sebaran suplemen yang belum tahu kesahihannya,” katanya kepada mStar.

Scha semakin memilih untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Scha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Nestle’s Harvest Gourment yang diadakan baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya ini bagaimanapun tidak menafikan ada mengambil makanan tambahan untuk kekal bertenaga dan sihat.

Aktres ini juga memberitahu amalan diet yang bersesuaian dan senaman turut penting dalam menjaga kesihatan diri dan bukannya hanya bergantung kepada suplemen.

“Saya memang ambil multi vitamin, prebiotik, vitamin C dan sebagainya tetapi saya akan seimbangkan sebagai contoh ada suplemen yang dimakan pada waktu pagi dan selebihnya pada waktu malam.

“Bergantung kepada suplemen pun tidak boleh, sebaik-baiknya biarlah seimbangkan dengan diet, senaman serta gaya hidup sihat,” jelasnya.

Scha menganggap pemakanan sihat juga menjadi faktor bagi kesihatan.

Tambah Scha, sebelum mengambil sebarang suplemen adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Malah Scha turut menyarankan agar seseorang itu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan keadaan kesihatan dalam keadaan baik.

“Apa yang biasa saya lakukan, setiap tahun saya akan jalani pemeriksaan kesihatan dan daripada situ saya akan tahu badan saya ini kekurangan zat atau mempunyai sebarang masalah lain.

“Selepas itu barulah saya ambil mana-mana suplemen bersesuaian dan mengikut keperluan,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button