Tak sanggup tengok isteri saklt mengandung, Aliff Syukri batal hasrat miliki 10 anak… “Saya cuba pujuk lagi”
USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia pernah memasang impian untuk memiliki 10 orang anak.
Namun, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia tidak sanggup melihat keperltan yang dilalui isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang terp4ksa menanggung kesulitan sepanjang tempoh kehamilan.
Justeru itu, dia memberi bayang kemungkinan anak keenam yang bakal dilahirkan itu merupakan cahaya mata terakhir.
“Saya tak sanggup lihat isteri saya saklt… rancang nak ada 10 orang anak tapi mungkin ini adalah anak terakhir.
“Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah… nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.
“Jadi isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Aliff mengakui sudah f0bia untuk mengambil anak angkat kerana berdepan dengan isu sebelum ini.
“Saya dah f0bia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik.
“Selepas itu ada yang ugvt-ugvt nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,” ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
“Nikmat dia lain dik!” – Aliff Syukri pernah berangan kahwin dua, tapi batal niat sebab takut bini
MAHU merasai nikmat sebenar alam perkahwinan, usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia pernah memasang impian untuk memiliki dua isteri.
Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, bagaimanapun berkata dia terpaksa membatalkan hasrat itu kerana enggan memikirkan cabaran yang bakal dilalui kelak.
Malah, dia juga takut dan bimbang jika tindakannya berkahwin lagi hanya akan mengundang kem4rahan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.
Aliff bersama isteri dan anak-anak.
“Saya pernah terfikir (kahwin lagi) sebab nikmat lain dik. Kadang-kadang kita makan ikan kembung, kadang-kadang kita makan ikan siakap. Sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain.
“Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening. Bukanlah kata tak boleh, kalau ada rezeki dan jodoh kita tak boleh nak halang. Niat tu ada, tapi saya takut bini,” katanya kepada mStar.
Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang boleh menerima kekurangan dirinya.
Saya pernah terfikir (kahwin lagi) sebab nikmat lain dik. Kadang-kadang kita makan ikan kembung, kadang-kadang kita makan ikan siakap. Sebab nikmat dan belaian lain.
ALIFF SYUKRI
USAHAWAN KOSMETIK
Malah, Alif berkata dia tidak mungkin berkahwin lain sekiranya isterinya itu menlnggal dunla.
“Sejujurnya saya hanya mahu isteri saya yang menjaga saya. Kalaulah isteri saya menlggal dunla, mungkin saya tidak akan berkahwin lagi.
“Sebab saya rasa dia adalah isteri yang boleh menerima kekurangan saya kerana saya seorang yang agak sukar untuk dijaga. Saya terlalu banyak kekurangan dan saya rasa tidak ada wanita yang sempurna seperti isteri saya,” ujarnya.
Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Pasangan ini turut menantikan kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda