Hiburan

“Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Sebenarnya Berlaku Dengan Shuib Ubi

Akhirnya punca mengapa pelawak Shuib tidak lagi bersama kumpulan Sepahtu terjawab selepas Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Abidin meluahkan perakra sebenar di Instagram.

Shuib sebelum ini berkata cubaan memujuk dirinya untuk kembali bersama Sepahtu tidak berlaku dan memberi bayangan rakan-rakannya tahu apa yang terjadi.

Jep Sepahtu mahu hentikan sinetron yang bermain. Jangan libatkan saya dalam marketing murahan ini…

Hari ini dengan gerak dan izinNya, saya rasa dah tiba masanya untuk saya hentikan sinetron yang dimainkan ini. Saya bukan orang yang kamaruk dengan publisiti untuk kena sentiasa ada tulisan pasal diri saya.

Jadi harini saya akan bagi tahu kenapa dia takde dalam SRL bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menjadi fitnah. Ini kerana jawapan yang selalu dia keluarkan tergantung dan sentiasa berubah-ubah. 

Shuib buat aksi luc4h jadi punca ini semua bermula…

Ceritanya bermula ada babak yang dia mainkan dalam SRL mendapat kec4man teruk dari penonton. Aksi lucah itu berlaku ketika babak dia sedang mesin kelapa.

Jadi pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia minta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan selama dua minggu. Tindakan itu sebagai peringatan juga kepada kami pemain yang lain. Ini kerana SRL adalah tontonan keluarga dari pelbagai lapisan umur.

Masih tidak puas hati walaupun sudah memohon maaf..

Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.

Musim berganti musim, musim baru SRL pun tiba. Tidaklah kami melutut memujuk tp kami tanya, pelawa dan jemput semula. Kami tunggu keputusannya. Senyap tak ada berita. Mahu tak mahu kami teruskan juga tanpa dia.

Sumber: ohmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button