Hiburan

[VIDEO] Netizen Kagum Syafinaz Selamat Ajar Ustaz Teknik Vokal Taranum – “Ingat Expert Nyanyian Sahaja”

Terpesona tengok penampilan Datuk Syafinaz Selamat. Lebih-lebih lagi apabila dia dilantik sebagai juri tetap program realiti popular, Gegar Vaganza. Tidak dinafikan, Datuk Syafinaz mempunyai aura tersendiri dan penampilannya dalam program berkenaan sentiasa ditunggu-tunggu peminat.

Mana tidaknya, pensyarah vokal ini sering tampil anggun dan elegan. Ditambah pula dengan komennya selaku juri yang cukup membina kepada para peserta bertanding. Walau ada ketika, dia kelihatan sangat serius melontarkan pandangan terhadap kualiti nyanyian.

Terbaru, guru vokal dan penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat dilihat mengajar seorang ustaz teknik melontar suara dalam bacaan taranum.

Menerusi perkongsian di TikTok @syafinazselamat.fans, Syafinaz menunjukkan isyarat tangannya untuk tinggikan suara dan berpuas hati dengan bacaan ustaz tersebut.

Video:

@syafinazselamat.fans Replying to @makgarfield #aktar #taranum #kelasvokal #cikguvokal#vocalcoach #datuksyafinaz #syafinazselamat original sound – Datuk Syafinaz FANS

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Syafinaz yang bukan sahaja pakar dalam nyanyian malah taranum juga.

“Ingat Datuk expert dalam nyanyian sahaja tapi taranum pun boleh.

“Fuh dato semua boleh. Terbaik lah dato Syafinaz. Cantik pula tu,” kata netizen.

Selain itu, ada yang berpendapat suka melihat imej Syafinaz yang bertudung.

“Cantik sangat datuk pakai tudung, manis.

“Baru letak tudung gitu pon dato’ dah cantik sangat-sangat. Kalau bertudung kemas, Subhanallah tak dapat digambarkan cantiknya,” komen netizen.

Sumber: Xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button