Viral

“Tak molek buat onar sesuka hati” – Cikgu Fadli bersara awal, buat keputusan kerana sayang dan hormat KPM

GURU Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh mengejutkan orang ramai apabila dia mengumumkan bakal bersara awal.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama.

“Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri,” tulis Cikgu Fadli kepada lebih 700,000 pengikutnya di Facebook.

Memulakan karier pada 3 Januari 2006, Cikgu Fadli berkata keputusan yang dibuat itu langsung tidak berkait dengan kekecewaannya terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Malah, Cikgu Fadli berkata dia juga akan terus berbakti terhadap bidang pendidikan selepas ini, namun dalam cara yang berbeza.

“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan.

“Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati. Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri.

Cikgu Fadli berkata keputusan itu dibuat bukan kerana dia kecewa dengan KPM.

“Saya akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma berbeza haluan. Suara saya akan sentiasa ada. Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa,” ujarnya lagi.

Difahamkan tempoh perkhidmatan Cikgu Fadli akan berakhir sacara rasmi pada 1 Mac depan.

Dalam satu lagi hantaran berasingan, Cikgu Fadli berkata dia juga berpesan kepada Persatuan Kelab Guru di sekolahnya agar tidak menganjurkan majlis persaraan secara keterlaluan untuknya.

“Bila surat kelulusan bersara awal saya sampai kat sekolah, cikgu-cikgu pakat tahu. Terus saya WhatsApp Pengerusi Kelab Guru, bagitahu awal tak payah la buat majlis beria. Tak nak bebankan kawan-kawan, murid dan parent pula.

“Cukuplah majlis simple untuk saya bagi amanat terakhir buat rakan sejawat dan murid-murid saya. Esok majlisnya. Saya cuma pakai baju kemeja lengan panjang, nametag, seluar slack dan kasut kerja.

“Seperti mana pakaian pertama saya melapor diri sebagai seorang guru. Tak mahu la pakai songket bagai pengantin. Cukuplah pengakhiran karier saya pun sederhana sebagai mana saya bermula dulu,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Cikgu Fadli pernah tular kerana mengkritik sistem pendidikan negara sebelum ini.

Cikgu Fadli pada tahun 2022 dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan susulan pendedahannya mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.

Dia bagaimanapun didapati tidak bersalah dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button