Viral

Mula-mula malu nak sentuh, siap alas tisu… Lepas dah pegang dua kali clum! Netizen ‘rimas’ pengantin lelaki lengahkan acara sarung cincin

RASA gemuruh dan gementar merupakan perkara biasa bagi mana-mana pasangan pengantin.

Perkara seperti itu terjadi apabila seseorang itu perlu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend apabila pasangan pengantin dilihat malu-malu untuk bersentuhan antara satu sama lain buat kali pertama selepas sah bergelar suami isteri.

Sama seperti sebuah video yang tular ini, pengantin lelaki kelihatan terketar-ketar untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya ketika sesi membatalkan air wuduk di dalam sebuah masjid.

Berdasarkan video di TikTok, pengantin lelaki mengambil masa yang lama iaitu lebih dua minit untuk menyempurnakan acara itu.

“Alahai pengantin ni malu-malu pula. Alhamdulillah selesai sudah.

“Pertama kali jumpa yang macam ni… Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia,” tulis pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut.

Berdasarkan rakaman itu juga, pengantin perempuan kelihatan lebih tenang serta pasrah menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin.

Setelah sekian lama menantikan sesi yang sepatutnya dilakukan secara ringkas dan pantas itu berakhir, seorang wanita tampil cuba membantu.

Seorang wanita dilihat terpaksa membantu mempercepatkan proses menyarung cincin.

Pada mulanya dia menghulurkan sekeping tisu kepada pengantin lelaki untuk dijadikan ‘pengalas’ tatkala menyentuh isterinya.

Namun usaha itu tetap tidak berhasil.

Wanita itu kemudian bingkas memegang tangan si pengantin perempuan dan menghalakan kepada pengantin lelaki bagi mempercepat proses menyarungkan cincin.

Malulah air muka perempuan tu, bukannya kau nak kena pegang benda haram… tolonglah hentikan tabiat macam ni.

NETIZEN

Akhirnya sesi berkenaan tamat dengan bantuan wanita yang sedikit berusia itu.

Sementara itu dalam satu lagi perkongsian video di akaun sama, pasangan mempelai berkenaan dilihat meneruskan acara seterusnya iaitu mengucup dahi pengantin perempuan.

Kali ini prosesnya agak mudah malah pengantin lelaki kelihatan mengucup dahi isterinya sebanyak dua kali.

Antara komen netizen di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa tidak senang dan ‘rimas’ dengan gelagat pengantin lelaki berkenaan.

Kata mereka lelaki itu terlalu berlebihan dalam menzahirkan rasa malu untuk menyentuh isterinya buat kali pertama.

Over la mamat ni. Depan kamera tak payahlah acah-acah. Malulah air muka perempuan tu. Bukannya kau nak kena pegang benda haram. Tolonglah hentikan tabiat macam ni.

“Kalau aku ni, bukan setakat penampar, sekali penyepak aku bagi. Duk tergagai-gagai (terhegeh-hegeh) apa tak tau macam ni.

“Makcik baju oren pun sampai menyampah dan blah (pergi) dan datang balik tak sarung-sarung lagi,” komen netizen di Instagram.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button