Hiburan

Shuib akhirnya bersemuka, berpelukan dengan pemfltnah… Bakal ambil tindakan terhadap seorang lagi individu

SELEPAS bersemuka dan bertentang mata, penyampai radio Suria FM iaitu Shuib terbuka hati memaafkan individu bernama Zulhairi Abu Othman, 35, yang telah menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah di media sosial, baru-baru ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung di kafe Bubblee Bee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, turut mengingatkan Zulhairi supaya tidak lagi menyebarkan fitnah tentang dirinya dan keluarga.

“Sejak bercakap di telefon semalam (Isnin), saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zulhairi tampil dan memohon maaf.

Shuib dan Zuhairi bersemuka pada Selasa.

“Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini,” katanya dalam pertemuan tersebut.

Kedua-dua mereka juga dilihat berpelukan sebelum Shuib sendiri memohon maaf sekiranya sesi yang berlangsung bakal mengundang masalah lain buat Zulhairi.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sedang mengesan seorang lagi pengguna media sosial bernama John Dihani kerana telah menyebarkan fitnah tentang kem4tian isterinya itu.

Shuib dengan nada tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.

“Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dahulu. Saya sudah bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengajaran.

“Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan kematian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunvh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti.

Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkan kem4tian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunvh isteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

“Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan Freemason.

Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematian Sarah.

Shuib bakal ambil tindakan saman terhadap seorang pengguna media sosial.

“Perkara ini boleh menimbulkan keraguan. Sebab saya sendiri yang melihat arwah meninggal dunia, saya yang mengangkat jenazah. Jadi penyebaran berita ini boleh timbulkan salah faham.

“Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap,” tegasnya.

Untuk rekod Sarah menlnggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTMUKM) pada 9 Ogos 2021.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button